3 unit honor 9 Lite boleh dimenangi semudah meneka harga

honor Malaysia akan membawakan sebuah telefon pintar dalam kelas mampu milik esok, dalam satu majlis pelancaran dengan kerjasama Shopee. Tetapi pelancarannya esok mungkin tidak akan memberitahu tentang harga peranti tersebut.

Ini kerana Shopee akan mengadakan peraduan teka harga honor 9 Lite selama 3 hari dari 7-9 Mac 2018. Tiga unit honor 9 Lite disediakan sebagai hadiah. Cuma ia bukan semudah meneka harga kerana anda perlu cuba mendapat passcode terlebih dahulu.

Caranya, bersiap sedia di Facebook Shopee Malaysia jam 5 petang pada 7-9 Mac, kemudian teka 6 digit passcode bersama harga honor 9 Lite. Antara syarat peraduan ini ialah hanya menggunakan nombor tanpa ada noktah dan jarak. Maklumat lanjut boleh disemak di sini.

Unlock The Code of honor

Stay tuned at Shopee Malaysia Facebook Page to participate in this FB Live Game on 7, 8, 9…

Posted by Honor Malaysia on Monday, 5 March 2018

Apakah harganya yang mungkin? Di dalam poster peraduan teka harga ini, terdapat 3 harga yang disenaraikan iaitu RM749, RM849 atau RM899. Tetapi ia mungkin bukan dari ketiga-tiga harga ini.

Jika anda perlu rujukan, honor 9 Lite telah dijual di India dengan harga Rs10,999 (~RM673) bagi model 3GB RAM + 32GB storan dan Rs14,999 (~RM917) bagi model 4GB RAM dan 64GB storan.

Apakah tekaan harga anda untuk honor 9 Lite di Malaysia nanti?

BACA  CEO TM bertukar kali kedua tahun ini, pemangku meletak jawatan