• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Nova 2 Lite miliki tanda harga lebih ringan dari Nova 2i

  • OLEH Najib
  • 12:30 pm
  • 07/03/2018
  • Komen
Huawei Nova 2 Lite miliki tanda harga lebih ringan dari Nova 2i
Share on FacebookShare on Twitter

Ketibaan Huawei Nova 2i dengan 4 kamera sangat menarik minat ramai. Ia boleh dikatakan salah satu peranti yang sangat popular di Malaysia. Jika anda juga meminati Huawei Nova 2i tetapi kekurangan bajet, nantikan ketibaan satu lagi model telefon Huawei minggu depan.

Huawei telah menjemput media ke majlis pelancaran Huawei Nova 2 Lite pada 15 Mac 2018, yakni minggu depan. Ia merupakan telefon pintar yang sangat mirip dengan Nova 2i, tetapi dijangka dengan harga yang lebih rendah.



Walaupun masih belum ada maklumat rasmi di Malaysia, Nova 2 Lite ini telahpun dilancarkan di Filipina. Dari maklumat di sana, kita boleh melihat ia sememangnya serupa dengan Huawei Nova 2i, dengan prestasi yang dikurangkan.

Satu kekurangan terbesar di Nova 2 Lite adalah ketiadaan selfie superstar, ataupun dua kamera depan. Ia menggunakan hanya satu lensa 8MP untuk swafoto, tetapi mengekalkan dwi-lensa 13MP+2MP bagi kamera belakang.



Untuk kuasa dalaman, Huawei melengkapi Nova 2 Lite dengan pemproses Qualcomm kelas permulaan, Snapdragon 430 bersama 3GB RAM dan 32GB storan dalaman. Ini memang pengurangan agak ketara dengan Nova 2i yang diperkasa pemproses Kirin 659, 4GB RAM dan 64GB storan.

Skrin Nova 2 Lite dilihat agak serupa, seluas 5.99-inci dengan nisbah 18:9 FullView tetapi resolusi dikurangkan ke HD+ 1440×720 sahaja. Pengimbas capjari terdapat di belakang dan turut memiliki fungsi pengecaman wajah.

Berita baiknya, Nova 2 Lite menjalankan sistem operasi Android 8.0 Oreo terbaru bersama EMUI 8.0. Semua ini digerakkan oleh tenaga dari bateri berkapasiti 3,000mAh, sedikit kecil dari Nova 2i dengan 3,340mAh.

Harga Nova 2 Lite masih belum diumumkan di Filipina, tetapi ia dijangka sekitar PHP11,990 (~RM899). Untuk perbandingan, Nova 2i dijual di Filipina pada harga PHP13,990 (~RM1,050). Jadi boleh dikatakan, Nova 2 Lite mungkin akan dijual di Malaysia pada harga RM899.

Pada harga RM899, ia agak jauh untuk dibandingkan dengan honor 9 Lite yang baru dilancarkan di Malaysia dengan harga RM749 sahaja. Mampukah Nova 2 Lite mengulangi kegemilangan abangnya Nova 2i?

Kita nantikan harga rasmi Nova 2 Lite di majlis pelancarannya kelak pada minggu hadapan.

[Sumber: GizGuide]

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei Nova 2 LiteNova 2 LiteNova 2 Lite Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Huawei Nova 2 Lite miliki tanda harga lebih ringan dari Nova 2i

Huawei Nova 2 Lite miliki tanda harga lebih ringan dari Nova 2i

7 March 2018
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN