• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Park Bo Gum akan hadir ke pelancaran Galaxy S9 di Malaysia?

  • OLEH Najib
  • 4:59 pm
  • 07/03/2018
  • Komen
Park Bo Gum akan hadir ke pelancaran Galaxy S9 di Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 9 Mac 2018: Samsung Malaysia berkongsi petunjuk kedua yang membawa lebih dekat kepada Park Bowl Gum

Telefon terbaru dan terhebat dari Samsung, Galaxy S9 dan S9+ akan mula dijual di Malaysia pada 16 Mac depan. Tetapi tempahan awal telah dibuka sejak 1 Mac lepas, dan mereka yang membuat tempahan awal ini akan mula menerima peranti terbaru ini seawal 9 Mac.



Kepada yang menanti untuk mencuba dan merasa sendiri telefon pintar ini, haruslah menunggu selepas majlis pelancarannya di Malaysia, yang akan diadakan pada 15 Mac 2018 di pusat membeli-belah Pavilion, Kuala Lumpur. Dengan satu acara istimewa.

Samsung telah mengeluarkan jemputan media ke majlis pelancaran Galaxy S9 dan S9+ di Malaysia, pada 15 Mac ini. Majlis ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis lelaki dari Korea, yang masih tidak dinyatakan lagi siapa.



Sebelum ini, Samsung Malaysia telah membawa Lee Kwang Soo ke majlis pelancaran Galaxy S7 edge, serta Song Ji Hyo semasa pelancaran Galaxy Note8 di Malaysia. Kedua-dua mereka popular di dalam rancangan TV, Running Man.

Tetapi petunjuk tentang artis ini mungkin terdapat di Facebook Samsung Malaysia. Samsung baru sahaja berkongsi tentang sebuah gambar dan meminta orang ramai meneka drama korea dari emoji tersebut.

Calling K-Drama fans! Guess the emoji?
#RandomTrivia #kdrama

Posted by Samsung on Tuesday, 6 March 2018

K-Drama Fans! This is definitely easy for you
#RandomTrivia #Hallyustar

Posted by Samsung on Wednesday, 7 March 2018

Peminat drama korea dengan pantas dapat menangkap maksud emoji tersebut, dan memberi jawapan: Love in the Moonlight. Ia adalah sebuah drama korea yang menampilkan Park Bo Gum sebagai pelakon lelaki utama. Petunjuk kedua pula dikatakan merujuk kepada Park + Bowl + Gummy, sekali lagi seakan nama Park Bo Gum.

Jadi, adakah artis Korea yang akan tampil di majlis pelancaran Galaxy S9 dan S9+ kelak adalah Park Bo Gum? Ia masih teka-teki dan kita kena tunggu pengumuman rasmi dari Samsung Malaysia.

Tags: Galaxy S9 MalaysiaPark Bo GumsamsungSamsung Galaxy S9samsung malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Park Bo Gum akan hadir ke pelancaran Galaxy S9 di Malaysia?

Park Bo Gum akan hadir ke pelancaran Galaxy S9 di Malaysia?

7 March 2018
Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

27 November 2026
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

25 November 2026
iQoo 16 dan iQoo 16s bakal dilancar di Malaysia pada 8 Disember, tempahan kini dibuka

iQoo 16 dan iQoo 16s bakal dilancar di Malaysia pada 8 Disember, tempahan kini dibuka

26 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN