• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiga kamera belakang semakin jelas di Huawei P20

  • OLEH Najib
  • 7:25 pm
  • 07/03/2018
  • Komen
Tiga kamera belakang semakin jelas di Huawei P20
Share on FacebookShare on Twitter

Telah diketahui bahawa Huawei akan melancarkan model baru telefon pintar P20 pada 27 Mac akan datang di Paris. Seperti biasa, semakin hampir ke majlis pelancarannya, semakin banyak berita terdedah dan terbocor mula tersebar.

Dalam satu poster yang tersebar di internet, gambar jelas tiga kamera belakang dapat dilihat. Ia disusun dalam bentuk 2+1 kamera. Sama seperti gambar yang terbocor sebelum ini, perkataan Leica diletak secara mendatar, sebaris dengan kamera.



Masih tiada maklumat rasmi berkenaan spesifikasi kamera tersebut, tapi boleh dijangkakan Huawei akan mengekalkan sensor RGB & monokrom seperti sebelum ini. Sensor ketiga yang terletak di antara dwi-kamera dan LED Flash pula, masih agak samar apa yang boleh dilakukannya. Mungkin untuk telefoto bagi kesan zum optikal, atau sudut lebar, atau mungkin untuk kegunaan AR.

Selain tiga kamera belakang, takuk di skrin hadapan juga jelas kelihatan. Ini meneguhkan lagi khabar angin yang dikongsi sebelum ini.



Ketiadaan pengimbas capjari di belakang gambar baru ini membawa tanda tanya, kerana P20 Pro dengan tiga kamera belakang dijangka tidak memiliki pengimbas capjari di hadapan. Adakah ia akan mengikut jejak iPhone X tanpa pengimbas capjari langsung, atau mahu jadi yang pertama dengan pengimbas capjari di dalam skrin?

Dari segi harga pula, sudah ada yang menjangka P20 akan dijual pada harga EUR679 (~RM3,288) manakala P20 Pro pula EUR899 (~RM4,353). Mungkin ia kelihatan sangat mahal, tetapi sememangnya harga peranti di Eropah jauh lebih mahal dari Malaysia.

Contohnya Mate 10 berharga EUR699 (~RM3,385) tetapi harga rasminya di Malaysia adalah RM2,699 sahaja. Mate 10 Pro pula berharga EUR799 (~RM3,869) di Eropah dan hanya RM3,099 di Malaysia.

Huawei P20 = 679,xx Euro
Huawei P20 Pro = 899,xx Euro
Huawei P20 Lite = 369,xx Euro

— Roland Quandt (@rquandt) March 5, 2018

Dari contoh di atas, kita boleh menyimpulkan harga Huawei P20 mungkin hampir sama dengan P10 iaitu RM2,499. Tetapi harga P20 Pro mungkin jauh berganda, memandangkan ia EUR100 lebih mahal dari Mate 10 Pro. Ia mungkin dijual sekitar RM3,500 ke RM3,700. Memang mahal tapi masih lebih murah dari Samsung dan Apple.

Segala maklumat ini akan disahkan di majlis pelancaran Huawei P20 pada 27 Mac di Paris kelak. Kita nantikan bersama.

[Sumber: PhoneArena]

Tags: HuaweiHuawei P20Huawei P20 Pro
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Tiga kamera belakang semakin jelas di Huawei P20

Tiga kamera belakang semakin jelas di Huawei P20

7 March 2018
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN