• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelancaran Galaxy S9 akan dihangatkan oleh Park Bo Gum

  • OLEH Najib
  • 8:44 pm
  • 09/03/2018
  • Komen
Pelancaran Galaxy S9 akan dihangatkan oleh Park Bo Gum
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dua teka-teki, akhirnya Samsung Malaysia mengesahkan artis korea yang akan turut sama menghangatkan pelancaran Galaxy S9 di Malaysia. Tidak lain dan tidak bukan, beliau adalah Park Bo Gum.

Rakyat Malaysia yang sangat meminati artis-artis Korea dengan mudah dapat memecahkan dua kod emoji yang dipaparkan di Facebook Samsung Malaysia. Emoji pertama membawa kepada nama drama korea Love in the Moonlight. Emoji kedua pula menjurus kepada nama pelakon utamanya, Park Bo Gum.



Park BoGum #WithGalaxy: Love in Super Slow-mo

Reimagine love in Super Slow-mo with Park BoGum and the #GalaxyS9 on 15th March, 6.30pm at Pavilion KL. 안녕!! #TakeItSloMalaysia #WithGalaxy
Discover more: http://spr.ly/6186DTYfA

Posted by Samsung on Thursday, 8 March 2018

Park Bo Gum akan menyertai pelancaran Samsung Galaxy S9 yang akan diadakan pada hari Khamis, 15 Mac 2018 bertempat di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur. Acara ini akan bermula pada jam 6.30 petang, jika anda peminat Park Bo Gum jangan lupa masa dan tarikh ini.

Walaupun dilancarkan pada 15 Mac, Samsung hanya akan mula menjual Galaxy S9 dan S9+ pada hari Jumaat, 16 Mac 2018. Pelbagai promosi dan hadiah disediakan, terutama sekali di jelajah selama 3 hari di 3 bandar.



Jelajah selama 3 hari ini bermula dari 16 hingga 18 Mac 2018, bertempat di Pavilion di Kuala Lumpur, Quensbay Mall di Pulau Pinang dan AEON Bandar Dato Onn di Johor Bahru.

Samsung turut menawarkan program tukar telefon lama kepada rebat untuk membeli Galaxy S9, serta pembelian ansuran bulanan sehingga 12 bulan tanpa faedah melalui bank terpilih.

Maklumat lanjut tentang jelajah 3 hari dan promosi ini boleh disemak dalam artikel kami di sini:

  • Tiga Hari Tiga Bandar Promosi Jualan Samsung Galaxy S9
Tags: Galaxy S9Park Bo GumsamsungSamsung Galaxy S9
Najib

Najib

POPULAR

Pelancaran Galaxy S9 akan dihangatkan oleh Park Bo Gum

Pelancaran Galaxy S9 akan dihangatkan oleh Park Bo Gum

9 March 2018
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN