• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM boleh kesan penyebar berita palsu dalam masa 24 jam

  • OLEH Najib
  • 7:39 pm
  • 09/03/2018
  • Komen
SKMM boleh kesan penyebar berita palsu dalam masa 24 jam
Share on FacebookShare on Twitter

Fake News atau berita palsu merupakan satu perkataan yang popular semenjak dua menjak ini. Apatah lagi sehingga ia memerlukan kerajaan untuk membentangkan undang-undang khas berkenaanya di persidangan parlimen sekarang.

Tetapi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) nampaknya lebih tangkas menanganinya. Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata, SKMM mampu mengesan individu yang menyebarkan berita palsu dalam tempoh kurang 24 jam selepas kesalahan itu dilakukan menerusi media sosial.



Tindakan sepantas itu akan diambil jika SKMM menerima aduan lengkap berkaitan kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, termasuk berkongsi dan menyebarkan berita palsu. Kecenderungan berkongsi maklumat peribadi lengkap seperti nombor telefon, tempat tinggal, nombor pendaftaran kenderaan dan maklumat ahli keluarga secara terbuka di media sosial, memudahkan siasatan SKMM terhadap penyebar berita palsu.

Tambah beliau, lebih 40 individu sudah disiasat mengikut akta berkenaan sepanjang tahun lepas, manakala empat lagi didakwa. Jika didapati bersalah, mereka ini boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara setahun.



Mereka yang ditahan untuk soal-siasat ini, akan turut dirampas alat komunikasi yang digunakan bagi membuat penyebaran berita palsu, seperti telefon dan komputer.

Beliau menerangkan perkara ini semasa menjadi ahli panel pada Forum Bicara BH siri kedua bertajuk “Tidak Pasti Jangan Kongsi” yang mengupas isu berkaitan kesan perkongsian maklumat dan berita palsu di Balai Berita, pada 8 Mac 2018.

Apa yang dilakukan oleh SKMM ini bukan untuk menyekat kebebasan rakyat mendapatkan maklumat di internet, tetapi mereka perlu bertanggungjawap terhadap maklumat yang diperoleh dari internet. SKMM hanya menyekat maklumat yang betul-betul boleh mengancam keselamatan negara seperti jenayah atau laman web palsu serta laman lucah, jelas Zulkarnain.

Sikap orang ramai yang terlalu mudah berkongsi berita yang tidak diketahui asal-usulnya, boleh menyebabkan mereka ditahan dan disoal-siasat walaupun mereka sebenarnya tidak berkaitan langsung dengan asal-usul berita itu.

Sentiasa beringat, jika tidak pasti jangan kongsi. Nanti tak pasal-pasal bermalam di Hotel Bukit Aman.

[Sumber: Berita Harian]

Tags: Berita PalsuFake NewsMCMCSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
SKMM boleh kesan penyebar berita palsu dalam masa 24 jam

SKMM boleh kesan penyebar berita palsu dalam masa 24 jam

9 March 2018
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN