Tiga ThinkPad X1 Hadir Ke Malaysia Untuk Perkasakan Golongan Professional

ThinkPad adalah siri komputer daripada Lenovo yang memiliki darjatnya yang tersendiri. Mereka seperti Lamborghini dalam dunia komputer yang direka untuk yang benar-benar serius. Terbaru, mereka mengumumkan tiga komputer ThinkPad X1 untuk pasaran Malaysia. Berbanding generasi terdahulu, komputer-komputer ini menerima seribu satu penambahbaikkan terutamanya pada tablet.


ThinkPad X1 Carbon

ThinkPad X1 Carbon masih lagi mengekalkan warna hitam dengan rekabentuk ikonik termasuklah butang merah (TrackPoint) ditengah-tengah papan kekuncinya. Badannya diperbuat daripada kombinasi aloi magnesium bersama karbon fiber. Panel paparannya beresolusi HD penuh bersaiz 14″ tapi dimasukkan dalam badan bersaiz 13″.

Sungguhpun kecil, X1 Carbon masih mempunyai kesemua port sambungan yang diperlukan pengguna kebanyakkan seperti 2 USB 3.0, 2 USB-C yang menyokong Thunderbolt 3, HDMI penuh, slot mikro-SD dan juka mikro-SIM. Lebih menarik, bateri 57 watt-hour padanya pasti memberikan waktu penggunaan yang panjang.

Direka untuk professional yang sentiasa bergerak kehulu kehilir, Lenovo memberikan teknologi pengecasan pantas pada X1 Carbon. Dalam masa sejam, laptop ini boleh mengisi sehingga 80% kapasiti bateri.

Antara perbezaan X1 Carbon siri 2018 dengan yang sebelumnya adalah kehadiran skrin sesentuh pada model HD Penuh. Selain itu, kesemua barisan ThinkPad X1 yang dilancarkan pada tahun ini akan menggunakan cip pemproses Intel Core generasi ke-8.

Spesifikasi Asas ThinkPad X1 Carbon

Pemproses
Sehingga Intel Core i7-8650U

Sistem Operasi
Windows 10 Pro

GPU
Intel UHD Graphics 620

RAM
Sehingga 16GB LPDDR3

Storan
Sehingga 1TB SSD

Bateri
57 Whr dengan teknologi RapidCharge
15 jam penggunaan

Paparan
14″ HD Penuh
14″ HD Penuh Boleh Sentuh
14″ WQHD
14″ WQHD HDR

I/O
2 USB-A
2 USB-C 3.1 (Thunderbolt 3)
Micro-SD
SIM

Berat
Bermula 1.13kg


ThinkPad X1 Yoga

Yoga adalah nickname pada komputer Lenovo yang paparannya boelh dikilas sehingga 360 darjah. Ia memberikan kefleksibelan pad laptop ini lebih tinggi berbanding yang lain. X1 Yoga boleh berubah menjadi beberapa mode seperti:

  • Laptop mode
  • Stand mode
  • Tablet mode

Selain memiliki engsel boleh kilas, kelebihan X1 Yoga berbanding X1 Carbon adalah ia hadir bersama stailus. Lebih menarik, terdapat ruang khas untuk menyimpan stailus yang turut bertindak sebagai port pengecas. Jadi, anda tak perlu risau kehilangan stailus.

Port sambungan asas masih boleh ditemui pada X1 Yoga seperti 2 USB-C yang menyokong Thunderbold 3 serta dua USB 3.0. Anda juga menerima slot kad SD serta port HDMI bersaiz penuh jika ingin melontarkan paparan ke skrin menggunakan projektor.

Spesifikasi Asas ThinkPad X1 Yoga

Pemproses
Sehingga Intel Core i7-8650U

Sistem Operasi
Windows 10 Pro

GPU
Intel UHD Graphics 620

RAM
Sehingga 16GB LPDDR3

Storan
Sehingga 1TB SSD

Bateri
54 Whr dengan teknologi RapidCharge
15 jam penggunaa

Paparan
14″ HD Penuh Boleh Sentuh
14″ WQHD Boleh Sentuh
14″ WQHD HDR Boleh Sentuh

I/O
2 USB-A
2 USB-C 3.1 (Thunderbolt 3)
Micro-SD
SIM

Berat
Bermula 1.40kg


ThinkPad X1 Tablet

X1 Tablet dicanang sebagai pencabar Microsoft Surface. Ini adalah iterasi ketiga untuk X1 Tablet yang pada saya adalah yang paling nyata perubahannya berbanding X1 Carbon dan X1 Yoga. Ia tidak lagi menggunakan cip pemroses siri Intel Core Y tetapi menggunakan Intel Core yang sebenar.

Paparannya juga telah ditambah baik. Walaupun saiznya masih sama, panel apaprannya kini memiliki lebih piksel untuk menjadikan resolusinya pada 3000 x 2000.

Sedikit kekurangna pada tablet ini adalah ia tidak menampilkan sebaran port USB saiz penuh, sebaliknya hanya dua port USB-C yang salah satunya digunakan untuk mengecas bateri 47 Whr yang dimilikinya

Papan kekuncinya adalah antara kegemaran saya. Tiada kemasan alcantara diberikan kerana ia bukan dibina untuk yang lemah danmemerlukan belaian fabrik pada telapak tangan. Sebaliknya hanya permukaan plastik diberikan yang bagi saya lebih sesuai dan mudah dibersihkan.

Spesifikasi Asas ThinkPad X1 Tablet

Pemproses
Sehingga Intel Core i7-8650U

Sistem Operasi
Windows 10 Pro

GPU
Intel UHD Graphics 620

RAM
Sehingga 16GB LPDDR3

Storan
Sehingga 1TB SSD

Bateri
42 Whr
9.5 jam penggunaa

Paparan
13″ 3K (3000 × 2000)

I/O
2 USB-C (Thunderbolt 3)
Mikro-SD
Nano-SIM
Audio

Berat
890g (tablet sahaja)
1.27kg (dengan papan kekunci)


Anda sudahpun boleh membeli dua daripada tiga ThinkPad X1 yang dilancarkan hari ini. Harganya adalah:

  • ThinkPad X1 Carbon dijual pada harga RM7,999
  • ThinkPad X1 Yoga dijual pada harga RM8,999
  • ThinkPad X1 Tablet harganya masih belum diumumkan tapi akan mula dijual bermula April 2018.