Nova 2 Lite Camera Berganda, Like Berganda

Huawei Nova 2i dilancarkan pada September 2017 dan untuk Mac 2018, Huawei memperkenalkan versi Lite kepada Selfie Superstar mereka yang diberi nama Huawei Nove 2 Lite. Ada beberapa perbezaan ketara antara Nova 2i dengan Nova 2 Lite yang boleh diperhatikan sejurus mengangkatnya.

Yang pertama adalah ia lebih besar daripada abangnya dengan paparan berukuran 5.99″. Sungguhpun besar, ia hanya diberikan panel HD 720p dengan nisbah paparan 18:9. Ia bukanlah sesuatu yang mengecewakan kerana anda perlu memahami yang ia dikuasakan cip Snapdragon 430, sebuah cip pemproses kelas permulaan yang pastinya terbeban jika panel HD Penuh digunakan.

Bersama-sama Snapdragon 430, anda akan menerima telefon dengan RAM seluas 3GB bersama-sama storan seluas 32GB yang boleh diperluas melalui slot mikro-SD.

Bahagian kamera juga terdapat sedikit kekurangan. Jika Nova 2i dibanggakan dengan kuadkameranya, telefon ini hanya mempunyai konfigurasi dwikamera belakang. Ia diberikan kamera 13MP dan 2MP pada bahagian belakang manakala untuk berswafoto, anda boleh menggunakan kamera 8MP.

Sejurus keluar kotak, Nova 2 Lite menjalankan sistem operasi Android 8.0 Oreo. Ia adalah sesuatu yang baik jika dilihat pada prestasi Huawei dalam menyediakan kemaskini Android yang agak perlahan. Malahan Nova 2i pun Android Oreonya masih dalam keadaan Beta.

Untuk kuasa, ia mengambil tenaga daripada bateri berkapasiti 3,000mAh. Malangnya, tiada teknologi pengecasan pantas disertakan.

Huawei Nova 2 Lite akan dijual pada harga RM799 dan boleh mula dibeli pada 23 Mac 2018.

Spesifikasi Asas Huawei Nova 2i Lite

PemprosesSnapdragon 430
Storan32GB
Kamera belakang13MP
2MP
Kemera depan8MP
Paparan5.99" HD Penuh
RAM3GB
Bateri3,000mAh
HargaRM799