• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tempahan Ahli Terbaru Kamera Mirrorless Canon, EOS M50, Kini Dibuka

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:50 pm
  • 15/03/2018
  • Komen
Tempahan Ahli Terbaru Kamera Mirrorless Canon, EOS M50, Kini Dibuka
Share on FacebookShare on Twitter

Canon EOS M50 adalah ahli terbaru siri kamera mirrorless daripada Canon yang dilancarkan sekitar penghujung Februari yang lalu. Terkini, kedai dalam talian Canon Malaysia di Lazada telah dikesan sudahpun memulakan program tempahan untuk memiliki sebuah EOS M50.

Canon senantiasa dikritik apabila tidak menyertakan keupayaan untuk merakam video 4K pada kamera yang lebih murah kerana tidak ingin merencatkan penjualan kamera siri C mereka. Tapi semuanya berakhir apabila EOS M50 kini mampu merakam videk 4K pada kadar 24 fps ataupun 60 fps pada resolusi HD Penuh.



Kelebihan EOS M50 berbanding EOS M6 adalah daripada segi kehadiran viewfinder. Ciri ini amat kritikal bagi kebanyakkan jurugambar. Bukan saja ia membantu kita mencari komposisi semasa dalam keadaan terang. Ia juga menyumbang pada kestabilan imej semasa ditangkap.

Sungguhpun diletakkan dalam kelas permulaan, sensornya adalah yang sama boleh ditemui pada DSLR Canon seperti D80 dan 5D Mark IV. Ia turut dilengkapi pembidik fokus Dual Pixel yang tidak perlu disangkal lagi kepantasannya.



Kekurangan kamera ini berbanding EOS M5 dan M6 adalah tombol kawalan yang kurang. Anda perlu bergantung pada paparan sesentuh belakang kamera untuk menukar tetapan kamera.

DI Malaysia, EOS M50 dijual dalam tiga kombinasi iaitu:

  • RM2,799 – badan sahaja
  • RM3,199 – bersama lensa 15-45mm
  • RM4,299 – bersama lensa 15-45mm & 55-200mm

Semua kombinasi dilindungi 1+2 tahun jaminan serta pembeli akan menerima hadiah seperti pencetak gambar, kad SD serta beg kamera.

Spesifikasi EOS M50

Attention: The internal data of table “5” is corrupted!
Tags: canoncanon eos m50canon malaysiaeos m50kamera mirrorlessLazadamilctempahan eos m50
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Tempahan Ahli Terbaru Kamera Mirrorless Canon, EOS M50, Kini Dibuka

Tempahan Ahli Terbaru Kamera Mirrorless Canon, EOS M50, Kini Dibuka

15 March 2018
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN