Pandu uji dulu sebelum tempah Jabra Elite 65t

Jabra kini melancarkan kempen ‘Try Before You Buy‘ (Cuba Dulu Sebelum Beli) untuk produk audio terbaru mereka, Jabra Elite 65t. Ia merupakan fon kepala kompak dari jenis earbud, yang dipilih sebagai pemenang Anugerah Inovasi semasa pameran CES 2018 pada Januari lepas.

Kempen ini dijalankan bersempena pra-tempahan Jabra Elite 65t yang telah bermula di Malaysia. Orang ramai boleh mencuba sendiri earbud baru ini dan membuat tempahan di lokasi berikut:

  1. All IT Hypermarket (IPC Shopping Centre, Digital Mall & Suria KLCC)
  2. Harvey Norman (IPC Shopping Centre, Sunway Pyramid & Pavillion)

Selain 2 kedai di atas, tempahan awal turut boleh dibuat dalam talian menerusi platform 11street. Hadiah percuma turut diberikan menerusi tempahan awal ini. All IT Hypermarket memberi hadiah percuma berupa powerbank Energizer 10,000mAh manakala Harvey Norman menyediakan pemacu kilat Sandisk Ultra Flair 32GB. Di 11street pula, kredit RM50 diberikan yang boleh digunakan untuk pembelian akan datang. Promosi tempahan awal ini dibuka dari 15 Mac hingga 8 April 2018.

Fon kepala Jabra Elite 65t ini dijual di Malaysia pada harga RM799. Ia ditawarkan dalam tiga warna kombinasi, Black/Gunmetal, Black/Copper dan Light/Neutral.

Dengan rekaan yang ringan dan kompak, Jabra Elite 65t memberikan keselesaan berpanjangan dengan hayat bateri sehingga 5 jam. Ditambah dengan perumah yang dibina bateri bersama, ia boleh dicas penuh dua kali, memberikan masa penggunaan sehingga 15 jam tanpa perlu wayar pengecas.

Dengan sokongan Bluetooth 5.0, Jabra Elite 65t boleh berhubung dengan dua peranti serentak. Teknologi 4 mikrofon pula menapis bunyi bising sekeliling untuk memberikan kualiti audio yang lebih baik.

 

Untuk pengalaman penggunaan yang lebih baik, aplikasi Jabra Sound+ membolehkan pengguna membuat pengubahsuaian bunyi dan tetapan bagi Jabra Elite 65t. Ia juga menyediakan petunjuk hayat bateri. Aplikasi ini boleh dimuat turut melalui Apple Appstore dan Google Playstore.

BACA  iPad Pro 2018 Bagai Mimpi Jadi Kenyataan

Ketibaan Jabra Elite 65t ini memberi saingan kepada headphone earbud sedia ada di pasaran Malaysia, seperti Sony WF-1000X (RM899), Samsung Gear IconX (RM799) dan Apple Airpods (RM849). Untuk maklumat lanjut tentang produk terbaru Jabra ini, layari laman produk Jabra Elite 65t.