• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

HTC Desire 12 dan Desire 12+ penuhi keinginan kelas pertengahan

  • OLEH Najib
  • 6:58 pm
  • 20/03/2018
  • Komen
HTC Desire 12 dan Desire 12+ penuhi keinginan kelas pertengahan
Share on FacebookShare on Twitter

Nama HTC agak kurang didengari di arena telefon pintar. Walaupun mereka tampil dengan telefon pintar kelas flagship, HTC U11+, ia dilihat gagal menyaingi nama besar lain seperti Samsung dan Apple.

Hari ini HTC mengumumkan model baru telefon pintar kelas pertengahan mereka dalam dua perisa, HTC Desire 12 dan HTC Desire 12+. Walaupun namanya serupa, tetapi ia sangat berbeza dalam dan luaran.



Satu persamaan yang dimiliki, adalah skrin lebar bernisbah 18:9. Skrin HTC Desire 12 berukuran 5.5-inci HD+ (1440×720) manakala HTC Desire 12+ pula sebesar 6.0-inci juga dengan resolusi HD+ (1440×720).

Rekaan badannya walaupun berbeza, kedua-duanya menggunakan kemasan Liquid Surface seperti yang terdapat di U11. Lapisan kaca dari belakang ke depan licin menyeliputi badannya. Satu perkara yang mungkin menarik, masih terdapat port audio 3.5mm padanya.



HTC Desire 12

Dari segi kuasa dalaman, HTC Desire 12 memiliki pemproses Mediatek MT6739, bersama 3GB RAM dan 32GB storan. Baterinya pula sebesar 2,730mAh dan dicas menggunakan sambungan mikroUSB 2.0. Ia tidak menyokong pengecas pantas dan disertakan pengecas 5V/1A sahaja.

Di bahagian kamera, Desire 12 menggunakan lensa 13MP f/2.2 dengan autofokus PDAF di belakang, manakala di depan 5MP f/2.4. Satu lagi kekurangan ketara padanya, adalah ketiadaan pengimbas capjari.

HTC Desire 12+

Bagi HTC Desire 12+ pula, ia menggunakan cip Snapdragon 450, 3GB RAM dan 32GB storan. Kapasiti baterinya 2,965mAh dan menggunakan sambungan mikroUSB2.0 untuk mengecas. Kali ini dengan pengecas sedikit lebih baik, berkuasa 5V/1.5A.

Kamera Desire 12+ juga berbeza, dengan dua lensa 13MP+2MP f/2.2 di belakang. Kamera hadapan pula 8MP f/2.0.

Setakat ini, masih belum ada harga dinyatakan tetapi ia dijangka tidak melebihi RM1,000. Ia akan datang dalam dua pilihan warna, Warm Silver dan Cool Black, serta akan mula dijual pada bulan April depan. Maklumat lanjut boleh disemak di laman web HTC.

Tags: Desire 12Desire 12 PlusHTCHTC Desire 12HTC Desire 12 Plus
Najib

Najib

POPULAR

HTC Desire 12 dan Desire 12+ penuhi keinginan kelas pertengahan

HTC Desire 12 dan Desire 12+ penuhi keinginan kelas pertengahan

20 March 2018
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN