• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nokia potong hampir semua harga telefon Android

  • OLEH Najib
  • 11:45 am
  • 20/03/2018
  • Komen
Nokia potong hampir semua harga telefon Android
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan Mac ini semacam bulan terbaik untuk membeli telefon pintar baru. Selain banyak model baru dilancarkan, model yang lama pula diturunkan harganya. Salah satu darinya adalah pengumuman yang baru sahaja dikeluarkan Nokia Malaysia.

Mulai hari ini sehingga 31 Mac 2018, Nokia Malaysia menurunkan harga lima model telefon pintar Android mereka. Ia termasuk Nokia 2 yang baru sahaja sahaja tiba di Malaysia awal bulan ini.



Lima model telefon pintar Nokia yang diturunkan harganya adalah:

  • Nokia 2 – RM429 RM399
  • Nokia 3 – RM599 RM499
  • Nokia 5 – RM799 RM699
  • Nokia 6 – RM999 RM899
  • Nokia 8 – RM2,299 RM1,988

Selain penurunan harga, Nokia Malaysia turut menyediakan hadiah percuma bernilai RM200 untuk pembelian Nokia 6 dan Nokia 8.



Promotional pricing for all Nokia Smartphone devices from now till 31st March. Get a free gift of up to RM200 for purchase of the #Nokia6 and #Nokia8. Your perfect companion is just a swipe away!

Posted by Nokia Mobile on Monday, 19 March 2018

Nokia 2 adalah telefon pintar termurah dari Nokia dari kelas permulaaan dengan kuasa Snapdragon 212, 1GB RAM dan 8GB storan. Skrinnya berukuran 5.0-inci dan menjalankan sistem operasi Android 7.1.1 Nougat.

Nokia 3 pula sedikit lebih baik dari Nokia 2, menggunakan pemproses Mediatek MT6737, 2GB RAM dan 16GB storan. Ia memiliki kamera depan & belakang 8MP f/2.0 bersama autofokus.

Nokia 5 boleh digolongkan dalam kategori permulaan premium. Rekaan badan besinya dimuatkan cip Snapdragon 430, 2GB RAM dan 16GB storan. Kamera belakangnya 13MP f/2.0 dan kamera depan 8MP f/2.0. Bateri berkapasiti 3,000mAh diterapkan di dalam, memberi cahaya kepada skrin 5.2-inci HD dan menjalankan sistem operasi Android 7.1.1. Nougat.

Nokia 6 bertenaga lebih tinggi dari Nokia 5, dengan 3GB RAM dan 32GB storan tetapi menggunakan cip yang sama, Snapdragon 430. Skrinnya lebih besar, 5.5-inci HD Penuh dan memiliki sistem bunyi stereo.

Nokia 8 adalah peranti Nokia terbaik boleh dimiliki di Malaysia. Skrinnya super tajam, 5.3-inci dengan resolusi 2K. Kuasa dalamannya digerakkan Snapdragon 835, 4GB RAM dan 64GB storan. Kamera belakangnya dilengkapi kaca optik Carl Zeiss menggunakan dua lensa, 13MP RGB + monokrom.

Buat peminat Nokia yang mahukan telefon Android, jangan terlepas tawaran potongan harga Nokia Malaysia ni. Sehingga 31 Mac je katanya.

[Sumber: Facebook Nokia Malaysia]

Tags: NokiaNokia 2Nokia 3Nokia 5nokia 6Nokia 8Nokia Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Nokia potong hampir semua harga telefon Android

Nokia potong hampir semua harga telefon Android

20 March 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER