• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Huawei P10 menjunam menanti ketibaan Huawei P20

  • OLEH Najib
  • 7:47 pm
  • 21/03/2018
  • Komen
Harga Huawei P10 menjunam menanti ketibaan Huawei P20
Share on FacebookShare on Twitter

Tak sampai seminggu lagi Huawei P20 akan dilancarkan. Bila tiba yang baru, yang lama pun kenalah bagi laluan. Ini menandakan model tahun lepas menyaksikan penurunan harga untuk memberi ruang kepada model baru.

Di Lazada, telefon flagship Huawei tahun lepas iaitu Huawei P10, ditemui RM1,000 lebih murah dari harga asalnya ketika dilancarkan, iaitu RM2,499. Peranti yang dilengkapi 4GB RAM dan 64GB storan dalaman ini boleh dimiliki sekarang dengan harga RM1,489.



Huawei P10 ini merupakan set Malaysia yang dijamin selama setahun oleh Huawei Malaysia. Jika tidak tahu, peranti ini memiliki skrin HD Penuh 16:9 berukuran 5.1-inci bersama bateri 3,200mAh.

Kamera belakangnya dilengkapi dwi-lensa Leica generasi kedua di telefon pintar, gabungan sensor 20MP monokrom dan 16MP RGB. Kamera hadapannya 8MP F1.9.



Jika mahu yang lebih besar, Huawei P10 Plus ditemui di Lazada pada harga serendah RM1,899. Ia bukan sahaja besar pada skrin iaitu 5.5-inci QuadHD 16:9, malah besar pada RAM dan storan iaitu 6GB RAM dan 128GB storan. Bateri pula sebesar 3,750mAh.

Atau mahu sesuatu yang lebih baru, apa kata cuba honor View 10 yang dijual serendah RM1,788. Ia memiliki spesifikasi lebih baik seperti skrin 18:9 HD Penuh 5.99-inci, pemproses Kirin 970 lebih baru di samping 6GB RAM dan 128GB storan.

Kamera honor View 10 mungkin tiada cap Leica, tetapi ia tidak kurang hebatnya dengan gandingan dwi-lensa 20MP di belakang dan lensa tunggal 16MP di hadapan. Ia turut menjalankan sistem operasi terbaru Android 8.0 Oreo bersama EMUI 8.0.

Jika berminat dengan mana-mana tawaran di atas, boleh klik pada pautan Lazada ke peranti yang berkaitan di bawah ini:

  • Huawei P10 4GB/64GB – RM1,489
  • Huawei P10 Plus 6GB/128GB – RM1,899
  • honor View 10 6GB/128GB – RM1,788
Tags: honor view 10HuaweiHuawei MalaysiaHuawei P10Huawei P10 PlusLazada
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Harga Huawei P10 menjunam menanti ketibaan Huawei P20

Harga Huawei P10 menjunam menanti ketibaan Huawei P20

21 March 2018
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026
Servis Ihsan Madani bermula: Proton & Perodua beri diskaun RM70 servis kereta

Servis Ihsan Madani bermula: Proton & Perodua beri diskaun RM70 servis kereta

17 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN