• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy S9 boleh dibeli dengan diskaun sebanyak RM400

  • OLEH Najib
  • 6:52 pm
  • 22/03/2018
  • Komen
Park Bo Gum akan hadir ke pelancaran Galaxy S9 di Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 23/3/2018 11.30AM – Penjual nampaknya memberhentikan promosi diskaun RM400 ini 

Galaxy S9 baru sahaja dilancarkan secara rasmi di Malaysia seminggu yang lepas. Meriah betul majlis tersebut kerana disertai artis popular dari Korea, Park Bo Gum.



Orang ramai sudah boleh mendapatkan Galaxy S9 berharga RM3,299 dari kedai di seluruh Malaysia sejak itu. Hari ini, sudah ada penjual yang memberi diskaun RM400 untuk telefon pintar berumur seminggu itu di Malaysia.

Jika anda tidak memiliki penyakit fobia untuk membeli-belah dalam talian, maka berkunjunglah ke laman e-dagang Shopee untuk membeli Galaxy S9 pada harga RM2,899. Ia adalah RM400 diskaun dari harga rasminya RM3,299.



Ia sebenarnya adalah promosi terhad yang berjalan selama empat hari dari 22-25 Mac 2018. Jadi, jangan tunggu minggu depan kalau nak dapatkan diskaun RM400 ini.

Telefon pintar Galaxy S9 adalah telefon flagship terbaru Samsung yang memiliki skrin 5.8-inci QuadHD Infinity Display, yang ditenagakan bateri 3,000mAh di dalam. Kuasanya digerakkan oleh pemproses Exynos 9810, 4GB RAM dan 64GB storan.

Ia dilengkapi kamera lensa tunggal 12MP yang berkeupayaan merakam video super slow-mo 960fps. Malah, ia juga yang pertama memiliki lensa apertur pelbagai F1.5-F2.4.

Galaxy S9 mengekalkan beebrapa fungsi hebat padanya seperti kalis air dan debu IP68, port audio 3.5mm untuk sambungan fon kepala dan pengecasan wayarles pantas. Fungsi baru yang ditambah padanya seperti speaker stereo Dolby Atmos dan AR Emoji.

Jangan lupa untuk ke laman web Shopee untuk membeli Galaxy S9 pada harga RM2,899 ini. Sampai hari Ahad ni, 25 Mac je tau.

Tags: Galaxy S9Galaxy S9 MalaysiaGalaxy S9 ShopeesamsungSamsung Galaxy S9Shopee
Najib

Najib

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER