Kemaskini 24 Mac 2018 Touch n Go beri respons berkaitan kaedah tambah nilai menggunakan telefon. Lanjut disini.
Setakat artikel ini ditulis, artikel yang saya tulis semalam berkaitan APP baru Touch n Go (TnG) yang membolehkan tambah nilai dilakukan terus dari telefon telah dikongsi sebanyak lebih 200 kali. Ia bermakna ciri ini amatlah ditunggu-tunggu oleh pengguna TnG.
Saya pun tak terkecuali untuk berasa teruja kerana frekuensi menggunakan TnG taklah sekerap mana dan jika ingin menaiki tren, saya terpaksa mencari tempat tambah nilai kerana tak ingat berapa baki terakhir kad itu. Kalau kaunter tambah nilai di stesen tren ada, mujurlah, kalau tidak macam mana?
Lantas, saya pun muat turunlah APP TnG (Android/iOS) dan lakukan pendaftaran. Ringkas sahaja prosesnya tiada masalah. Sampai di tahap ini, anda kini memiliki e-Wallet Touch n Go. Itulah prasyarat yang perlu dipenuhi untuk menambah nilai kad Touch n Go. Kemudian saya ke langkah yang seterusnya
Fasa 1: Tambah Dana Masuk E-Wallet
Seperti kebanyakkan e-wallet yang lain, memang anda perlu menyuntik dana secara manual. Setakat ini, hanya Maybank QR Pay membenarkan kita menambat akaun simpanan terus untuk digunakan semasa pembayaran.
Untuk TnG, terdapat beberapa cara untuk memasukkan nilai iaitu:
- Kad kredit
- Kad debit
- Perbankan dalam talian
- PIN
Saya memilih perbankan dalam talian (FPX) untuk tujuan ini. Setakat ini, prosesnya masih senang dan memang dijangka.
Fasa 2: Pindahkan Dana Dari E-Wallet Ke Kad TnG
Inilah fungsi yang paling dinanti-nanti ramai pengguna. Untuk melakukannya, anda hanya perlu memasukkan nombor siri kad TnG ke dalam ruang yang disediakan. Jika anda menggunakan kad pengenalan, kemungkinan besar tiada nombor siri TnG padanya, anda boleh ke pusat khidmat pelanggan TnG untuk beroleh maklumat itu.
Sekali lagi, proses memindahkan dana ke kad TnG amat mudah. Saya menerima mesej sukses dan di web browser saya melog masuk portal.
Peliknya, transaksi tambah nilai tadi tak tersenarai dalam Sejarah Transaksi. Tak mengapalah, saya cuba di stesen LRT sekejap lagi. Bila disentuh kad pada pintu masuk, baki masih lagi menunjukkan yang asal sebelum tambah nilai RM10 yang saya lakukan menerusi APP tadi.
Masih tertanya-tanya, saya pun ternampak satu mesej di inbox APP TnG yang mengingatkan saya untuk memungut nilai tambah di mana-mana “Pickup Device” dalam masa 24 jam.
Setelah carian Google yang gagal tentang lokasi “Pickup Device” ini, saya terus menghubungi pihak TnG di Facebook dan ini jawapan mereka.
Oh, rupanya ada fasa ketiga pula! Jom ke fasa terakhir di halaman sebelah.
[nextpage title=”Fasa Sentuh Menyentuh”]
Agaknya TnG memang setia dengan namanya. Walau apapun transaksi, aktiviti menyentuh tetap perlu ada. Tiba di Pusat Pengalaman Pelanggan (CEC) TnG, saya terus mencari pegawai perkhidmatan pelanggan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Menurun tuan Fazreen dan Azizul, ciri tambah nilai terus TnG daripada telefon masih dalam peringkat BETA.
Selepas mengarahkan perpindahan dana daripada e-Wallet ke kad, pengguna perlu menghadirkan diri ke satu mesin yang mereka gelar sebagai Pick Up Device (PUD) untuk mengesahkan transaksi itu. Setakat ini hanya dua mesin seumpamanya ada di seluruh Malaysia iaitu:
- Pusat Pengalaman Pelanggan (CEC) yang terletak di Bangsar South.
- Hab TnG di NU Sentral
Dalam masa 24 jam selepas araham perpindahan, anda perlu ke mana-mana mesin ini. Jika tak, amaun itu akan dikembalikan ke e-Wallet anda.
Contoh PUD
Cari tempat pembaca
Letak kad di tempat pembaca
Akhirnya, selesai tambah nilai
Berita gembira dikongsi di APP
Pihak TnG sedang mengusahakan supaya tiada mesin tambahan diperlukan untuk tujuan ini. Hal ini bermakna, ia boleh disahkan di mana-mana terminal TnG sama ada di plaza toll ataupun di pintu masuk LRT misalnya.
Kalau begitu, lebih baik saya tambah nilai di sini:
ataupun ribuan lokasi yang menyediakan perkhidmatan tambah nilai TnG sama ada dengan caj perkhidmatan ataupun tidak. Semuanya boleh diperiksa di laman ini.