• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:49 pm
  • 15/07/2026
  • Komen
Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara
Share on FacebookShare on Twitter

Selain memperkenalkan siri Huawei Pura 90s, Huawei Malaysia turut mengumumkan MatePad Air 2026, iaitu model kemas kini kepada MatePad Air yang diperkenalkan tahun 2023.

Model baharu ini hadir dengan beberapa peningkatan menarik, termasuk penggunaan skrin OLED PaperMatte, sistem enam pembesar suara serta kamera dengan resolusi lebih tinggi.



Harga Huawei MatePad Air 2026

Walaupun sudah diumumkan secara rasmi, tablet ini masih belum tersedia untuk dibeli di Malaysia, dan harga jualan rasmi untuk pasaran tempatan masih belum didedahkan. Di pasaran Eropah, tablet ini ditawarkan pada harga seperti berikut:

  • 8GB + 256GB, Papan Kekunci – EUR849 (~RM3,896)
  • PaperMatte Edition, 8GB + 256GB, Papan Kekunci – EUR899 (~RM4,175)
  • PaperMatte Edition, 8GB + 256GB, M-Pencil Pro – EUR899 (~RM4,175)
  • PaperMatte Edition, 12GB + 256GB, Papan Kekunci – EUR999 (~RM4,639)

Walau bagaimanapun, tablet ini dijangka akan tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Sebagai perbandingan, model MatePad Air generasi sebelum ini dijual pada harga RM2,799 untuk varian RAM 8GB + storan 256GB.



Tablei ini tersedia dalam tiga warna biru, putih dan pink.

Spesifikasi Huawei MatePad Air 2026

Bergerak ke bahagian spesifikasi, Huawei MatePad Air 2026 kini didatangkan dengan skrin bersaiz 12″, sedikit lebih besar berbanding skrin 11.5″ pada model sebelum ini. Panelnya juga telah dinaik taraf kepada paparan OLED jenis PaperMatte berserta resolusi 2.8K (2800 x 1840) dan kadar segar semula 144Hz. Skrin dengan bezel ultra-nipis 4.6mm ini juga mampu mencecah tahap kecerahan puncak sehingga 1,200 nits

Bagi melengkapkan pengalaman multimedia, skrin ini digandingkan dengan sistem 6 pembesar suara dengan rekaan crossover, yang didakwa mampu menawarkan kualiti bunyi yang jauh lebih imersif.

Dari segi prestasi, walaupun Huawei tidak mendedahkan nama cip yang digunakan secara rasmi, tablet ini dipercayai dikuasakan oleh cip Kirin T93C. Kuasa pemprosesan itu digandingkan bersama kapasiti RAM sehingga 12GB berserta storan dalaman 256GB. Bagaimanapun, tablet ini tidak menyokong sambungan selular 5G, tapi anda masih boleh manfaatkan sambungan WiFi 7 dan Bluetooth 5.2.

Untuk sektor pengimejan, tablet ini dilengkapi dengan kamera belakang 50MP serta kamera hadapan 12MP. Kapasiti bateri yang dimuatkan juga cukupbesar iaitu 10,100mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W melalui port USB-C. Menurut Huawei, bateri ini mampu menawarkan masa tontonan video tanpa henti sehingga 16 jam.

Meskipun mempunyai kapasiti bateri yang besar, Huawei berjaya mengekalkan profil fizikal yang sangat kompak dengan ketebalan hanya 5.3mm dan berat 509 gram. Badannya juga dibina kukuh dan didakwa tahan bengkok sehingga 17% lebih baik.

Bagi aspek produktiviti, tablet ini menyokong penggunaan stailus M-Pencil Pro yang membawakan ciri pintar seperti pertukaran percakapan kepada suara, fungsi memperkemas tulisan nota tangan, serta AI Tutor. Terdapat juga fungsi kawalan jauh tanpa sentuh skrin yang sangat berguna ketika anda melakukan pembentangan.

Ia turut lengkap dengan aplikasi lukisan GoPaint dan ekosistem WPS Office. Sejurus keluar dari kotak, ia menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.3.0.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Huawei MatePad Air 2026.

Tags: Huaweihuawei matepadHuawei MatePad Air
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

15 July 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN