fbpx

Anda Takkan Percaya Betapa “Mudah”nya Nak Topup Touch n Go Guna Telefon

Fasa Sentuh Menyentuh

Agaknya TnG memang setia dengan namanya. Walau apapun transaksi, aktiviti menyentuh tetap perlu ada. Tiba di Pusat Pengalaman Pelanggan (CEC) TnG, saya terus mencari pegawai perkhidmatan pelanggan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Menurun tuan Fazreen dan Azizul, ciri tambah nilai terus TnG daripada telefon masih dalam peringkat BETA.

Selepas mengarahkan perpindahan dana daripada e-Wallet ke kad, pengguna perlu menghadirkan diri ke satu mesin yang mereka gelar sebagai Pick Up Device (PUD) untuk mengesahkan transaksi itu. Setakat ini hanya dua mesin seumpamanya ada di seluruh Malaysia iaitu:

  • Pusat Pengalaman Pelanggan (CEC) yang terletak di Bangsar South.
  • Hab TnG di NU Sentral

Dalam masa 24 jam selepas araham perpindahan, anda perlu ke mana-mana mesin ini. Jika tak, amaun itu akan dikembalikan ke e-Wallet anda.

Contoh PUD

Cari tempat pembaca

Letak kad di tempat pembaca

Akhirnya, selesai tambah nilai 

Berita gembira dikongsi di APP

Pihak TnG sedang mengusahakan supaya tiada mesin tambahan diperlukan untuk tujuan ini. Hal ini bermakna, ia boleh disahkan di mana-mana terminal TnG sama ada di plaza toll ataupun di pintu masuk LRT misalnya.

Kalau begitu, lebih baik saya tambah nilai di sini:

ataupun ribuan lokasi yang menyediakan perkhidmatan tambah nilai TnG sama ada dengan caj perkhidmatan ataupun tidak. Semuanya boleh diperiksa di laman ini.

 

Contents

BACA  Touch 'n Go eWallet Kini Boleh Digunakan Untuk Bayar Parking Di 5 Kawasan PBT