Grab ambil alih semua operasi Uber di Malaysia dan Asia Tenggara

Selepas beberapa minggu menjadi khabar angin di lidah akhbar, hari ini Grab tampil secara rasmi mengumumkan penggabungan operasi dan platfrom Grab dan Uber di Malaysia. Atau dalam erti kata sebenar, Grab mengambil alih seluruh operasi Uber di Asia Tenggara.

Bloomberg melaporkan dari sumber dalaman yang berkaitan, Uber akan menerima sekitar 25% ke 30% pegangan di dalam Grab. Nilai ini dijangka mencecah USD6 bilion. Penggabungan ini dilihat terhasil selepas pelaburan Softbank Group dari Jepun di dalam Uber, yang turut sama melabur di dalam pesaing Uber seperti Grab, Didi Chuxing di China dan Ola di India.

Apakah kesan penggabungan ini kepada pengguna dan rakan pemandu Uber? Besar kesannya.

Pertama sekali, Grab mengmumkan operasi Uber di Malaysia akan ditamatkan pada 8 April 2018. Jika anda masih ada sebarang kredit atau kod promosi, gunakanlah segera sebelum 8 April.

Mengenai akaun Uber pengguna pula, ia tidak akan dipindahkan ke Grab. Pengguna Uber yang tidak pernah menggunakan Grab, perlu mendaftar akaun baru di Grab.

Manakala sebarang sejarah perjalanan dan pembayaran menggunakan Uber, hanya boleh disemak di laman web Uber. Ini kerana pengguna Uber masih boleh menggunakan Uber di luar Asia Tenggara, seperti di Amerika Syarikat.

Untuk rakan pemandu Uber pula, mereka juga mempunyai masa sehingga 8 April 2018 sahaja untuk menggunakan platform Uber. Dalam masa itu, Grab akan berkomUberkasi dan membantu pemandu Uber berpindah ke platform Grab. Pemandu Uber boleh memilih untuk berpindah ke Grab atau tidak.

Ini sedikit maklumat berkenaan peralihan Uber ke Grab yang memberi kesan kepada pengguna dan rakan pemandu. Lebih banyak persoalan dan jawapan boleh disemak di laman web Grab di bawah:

BACA  TIME Internet pun ada pelan 100Mbps hanya RM129 tapi dengan syarat

[Sumber: Grab, ChannelNewsAsia]