• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

UberEats turut terjejas selepas Grab ambilalih Uber

  • OLEH Najib
  • 1:57 pm
  • 26/03/2018
  • Komen
UberEats turut terjejas selepas Grab ambilalih Uber
Share on FacebookShare on Twitter

Pengambilalihan operasi Uber di Asia Tenggara oleh Grab, bukan hanya memberi kesan kepada penumpang dan pemandu sahaja, malah kepada khidmat penghantaran makanan yang baru sahaja diperkenalkan Uber di Kuala Lumpur, iaitu UberEats.

Grab memaklumkan, aplikasi UberEats akan dihentikan pada bulan Mei dan digantikan dengan perkhidmatan baru mereka yang dikenali sebagai GrabFood. Semua proses pemindahan ini sama seperti yang dilakukan di akaun Uber.



Berbeza dengan Uber, di UberEats terdapat tiga pihak yang berurusan iaitu pengguna, rakan restoran dan rakan penghantaran. Maklumat paling penting, tiada sebarang akaun akan dipindahkan dari UberEats ke GrabFood. Pengguna, rakan restoran dan rakan penghantaran UberEats perlu mendaftar akaun baru di GrabFood.

Walaupun GrabFood akan mula beroperasi pada bulan Mei, rakan restoran dan rakan penghantaran akan diberi peluang mencuba platform GrabFood agar dapat membiasakan diri sebelum ia dilancarkan pada bulan Mei Nanti. Mereka akan menerima jemputan untuk mencuba platform GrabFood.



Bagi pengguna pula, UberEats masih boleh digunakan sehingga ia ditamatkan perkhidmatan pada bulan Mei. Selepas itu, pengguna boleh mendaftar akaun baru di GrabFood.

Jika ada kod promosi UberEats, gunakannya sebelum tiba bulan Mei. Lebih banyak persoalan dan jawapan telah disediakan Grab di laman web ComingTogether FAQ Food.

[Sumber: Grab]

Tags: GrabGrabFoodUberEats
Najib

Najib

POPULAR

UberEats turut terjejas selepas Grab ambilalih Uber

UberEats turut terjejas selepas Grab ambilalih Uber

26 March 2018
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN