• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPad 9.7 yang baru lebih kuasa, lebih murah & boleh guna Pencil

  • OLEH Najib
  • 3:05 pm
  • 29/03/2018
  • Komen
iPad 9.7 yang baru lebih kuasa, lebih murah & boleh guna Pencil
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu acara khas untuk pendidikan, Apple telah melancarkan tablet baru, iPad 9.7-inci. Ia memiliki rupa luaran yang sama dengan iPad sebelum ini, tetapi menerima naiktaraf dalaman serta menyokong Apple Pencil.

Apple iPad model 2018 ini memang sama rupanya dengan iPad tahun lepas. Ia memiliki skrin IPS seluas 9.7-inci dengan resolusi 2048×1536. Bezel yang tebal di tepi juga sama. Perbezaan paling ketara adalah sokongan Apple Pencil, yang sebelum ini hanya boleh digunakan di iPad Pro.



Kuasa iPad 9.7-inci baru ini digerakkan oleh cip A10 Fusion yang berkuasa tinggi, bergandingan dengan cip M10. Ia datang bersama storan dalaman yang boleh dipilih antara 32GB atau 128GB.

Touch ID yang bertindak sebagai butang Home dan pengimbas capjari masih terdapat di bawah skrin. Pembesar suara stereo kini terbina di dalam, dan ia masih mengekalkan port audio 3.5mm. Dulang kad sim nano tersedia bagi model Cellular.



Sama seperti sebelumnya, iPad memiliki jangka hayat yang panjang sehingga 10 jam untuk penggunaan beterusan. Ia juga menjalankan sistem operasi iOS 11 yang terbaru.

Walaupun iPad 9.7-inci yang baru ini menyokong Apple Pencil, ia masih jauh dari iPad Pro di mana ia masih tidak memiliki sambungan Smart Keyboard, serta tidak menyokong paparan True Tone. Untuk menambah papan kekunci, masih boleh menggunakan sambungan Bluetooth.

Kekuatan iPad terletak pada tawaran aplikasi yang meluas, terutama untuk penggunaan pendidikan. Antaranya, penggunaan Smart Annotation membolehkan guru menanda laporan di dalam Pages. Tetingkap pelbagai (Slide Over dan Split View) membolehkan dua tugasan dijalankan serentak.

Apple juga mengemaskini aplikasi iWork: Pages, Numbers dan Keynote untuk sokongan Apple Pencil. Selain itu, Apple memperkenalkan Schoolwork, sebuah platform untuk guru memberi kerja rumah kepada pelajar.

Senarai harga iPad baru serta Apple Pencil adalah seperti berikut:

  • iPad 9.7-inci 32GB (Wi-Fi) – RM1,449
  • iPad 9.7-inci 128GB (Wi-Fi) – RM1,849
  • iPad 9.7-inci 32GB (Wi-Fi + Cellular) – RM1,999
  • iPad 9.7-inci 128GB (Wi-Fi + Cellular) – RM2,399
  • Apple Pencil – RM419

Apple turut menyediakan diskaun untuk pembelian berkaitan pendidikan. Guru, pelajar, pensyarah, penuntut universiti, pegawai di bahagian pendidikan dan ramai lagi, boleh menerima diskaun membeli produk Apple. Lebih menarik, Apple memberikan storan awan iCloud sebanyak 200GB kepada pelajar, berbanding 5GB untuk pengguna biasa.

Hanya pergi ke laman Apple Education Pricing online store untuk mendapatkan harga istimewa ini. Bagi iPad yang baru, harga bagi sektor pendidikan ialah:

  • iPad 9.7-inci 32GB (Wi-Fi) – RM1359
  • iPad 9.7-inci 128GB (Wi-Fi) – RM1,759
  • iPad 9.7-inci 32GB (Wi-Fi + Cellular) – RM1,909
  • iPad 9.7-inci 128GB (Wi-Fi + Cellular) – RM2,309
  • Apple Pencil – RM379

Untuk maklumat lanjut tentang iPad 9.7-inci yang baru ini, layari laman web Apple Malaysia.

Tags: appleApple iPadapple malaysiaipadiPad 9.7
Najib

Najib

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
iPad 9.7 yang baru lebih kuasa, lebih murah & boleh guna Pencil

iPad 9.7 yang baru lebih kuasa, lebih murah & boleh guna Pencil

29 March 2018

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER