GoPro HERO (2018), Kamera GoPro Terbaik Untuk Pengguna Kasual

Perniagaan GoPro memang mengalami turun naik yang ekstrim beberapa ketika ini. Sudahlah tidak mencatatkan keuntungan, produk dron pula menghadapi masalahnya tersendiri. Pelbagai usaha dilakukan bagi menstabilkan gelora itu dan ini mungkin salah satu daripadanya.

GoPro HERO (2018) adalah sesuatu yang amat berbaloi untuk dimiliki jika anda sedang mencari sebuah kamera aksi.

Daripada segi rupa fizikal, HERO (2018) adalah mirip HERO6 Black. Ia turut memiliki ciri kekalisan air sehingga 10 meter dalamnya tanpa menggunakan perumah.

Pada bahagian belakang kamera, anda mengawal segala tetapan melalui skrin sesentuh ataupun boleh disambungkan pada telefon ataupun alat kawalan melalui Wi-Fi ataupun Bluetooth.

Dipasarkan sebagai versi bajet, kurangnya HERO (2018) berbanding HERO6 Black adalah seperti berikut:

  • Rakaman sehingga 1440p60 vs 4K60
  • Tangkapan selanjar 10fps vs 30fps
  • EIS vs Advanced EIS
  • Tiada HDR
  • Tiada Touch Zoom
  • Tiada Protune
  • Tiada Wi-Fi 5Ghz
  • TIada GPS

Walaupun ada kekurangan di beberapa bahagian, ia memang cukup untuk diguna untuk tujuan kasual, berbaloi dengan harganya. GoPro HERO (2018) akan mula dijual secara eksklusif di Lazada bermula 3 April 2018 pada haga RM949.

Dengan pelancaran HERO (2018), tawaran kamera aksi daripada GoPro kini diperkemas dan tawaran terkini mereka adalah:

  1. GoPro FUSION
  2. GoPro HERO6 Black
  3. GoPro HERO5 Black
  4. GoPro HERO (2018)

Terus ke laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Black Shark Helo Tampil Mengejut Dengan Telefon Ber-RAM 10GB