• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Banyak diskaun dan hadiah percuma sempena Festival Kipas Xiaomi

  • OLEH Najib
  • 5:17 pm
  • 04/04/2018
  • Komen
Banyak diskaun dan hadiah percuma sempena Festival Kipas Xiaomi
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk peminat Xiaomi di Malaysia. Jumaat ini, 6 April 2018 Xiaomi telah menjemput semua orang untuk sama-sama menyertai parti paling sejuk mereka dalam bandar, iaitu Mi Fan Festival 2018 atau MFF 2018.

Mi Fan Festival ni bukanlah satu acara bertemu muka dan makan-makan, sebaliknya ia adalah hari Xiaomi memberikan diskaun dan hadiah percuma untuk produk keluaran mereka. Jadi, pastikan anda tidak terlepas untuk mendapatkan produk Xiaomi pada harga lebih murah dan tawaran istimewa pada 6 April kelak.



Menerusi laman web khas Mi Fan Festival 2018, mereka telah berkongsi beberapa jenis promosi. Semua promosi ini hanya sah pada 6 April sahaja, dan dibuat di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada sahaja.

Setakat ini, produk yang telah diumumkan tawarannya ialah:



  1. Mi Powerbank 2 10,000mAh – RM85 RM59
  2. Mi Band 2 – RM129 RM88
  3. Mi City Backpack – diskaun 50%
  4. Mi Headphone Comfort – diskaun 50%
  5. Mi Wireless Mouse – diskaun 50%
  6. Mi Portable Mouse – diskaun 50%

Tetapi tawaran ini nampaknya tidak terhad dalam talian sahaja. Ini kerana Stor Fizikal Xiaomi juga akan menyediakan tawaran yang sama, tetapi untuk jangka masa lebih lama. Menerusi Facebook Mi Concept KLCC, mereka menyatakan tawaran Mi Fan Festival akan dibuat selama 3 hari dari 6-8 April 2018, dan berlangsung di 3 lokasi iaitu Suria KLCC, Quensbay Mall (Pulau Pinang) dan Prangin Mall (Pulau Pinang).

Selain tawaran yang sama seperti di Stor Rasmi Xiaomi Lazada, pembelian beberapa model telefon pintar akan turut menerima hadiah percuma. Antaranya ialah:

  • Redmi 5A 16GB – diskaun RM60 menjadi RM339
  • Redmi 5 | 5 Plus (semua model) – percuma Mi Powerbank 2 10,000mAh
  • Mi A1 64GB – percuma Mi Band 2
  • Mi Mix 2 – percuma Mi Backpack

Kalau pun anda bukan peminat barangan Xiaomi, tawaran Mi Fan Festival ini adalah saat yang tidak patut dilepaskan. Barang Xiaomi yang memang terkenal murah, lebih murah dalam promosi ini.

Jadi jangan lupa, hari Jumaat ini 6 April 2018 di Stor Xiaomi Lazada, ataupun 6-8 April di Stor Fizikal Xiaomi di Suria KLCC, Quensbay Mall (Pulau Pinang) atau Prangin Mall (Pulau Pinang). Sementara stok masih ada.

[Sumber: Mi Malaysia, Mi Concept KLCC]

Tags: Mi Fan FestivalMi Fan Festival 2018Mi Malaysiaxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Banyak diskaun dan hadiah percuma sempena Festival Kipas Xiaomi

Banyak diskaun dan hadiah percuma sempena Festival Kipas Xiaomi

4 April 2018
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN