Sony A7 III Hadir Untuk Kacau Kamera Dalam Segmen Bawah RM10,000

Jika anda berbelah bahagi antara Panasonic GH5, atau Sony a6500, atau Fujifilm X-H1 untuk videografi, anda mungkin ingin masukkan Sony α7 III. Hal ini kerana, kamera yang baru dilancarkan ini memiliki sensor full frame tapi dalam kategori harga yang hampir sama dengan ketiga-tiga kamera yang saya sebutkan awal tadi.

Ia adalah versi lite kepada α7R III yang dilancarkan sekitar November 2017. Tapi pada harga RM14,888 pengguna kebanyakkan pastinya berfikir panjang walau untuk memasukkannya dalam pertimbangan.

α7 III hadir untuk memastikan golongan ini mendapat akses kepada kehebatan teknologi pengimejan Sony tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar.

Bermula dengan sensornya, ia diberikan sensor 24.2 MP sebesar Full Frame. Hal ini bermakna, prestasi dalam keadaan pencahayaan terhad adalah lebih baik berbanding kamera yang menggunkan sensor yang lebih kecil.

Disebalik sensor itu, anda akan menemui cip Bionz X, cip yang sama digunakan pada kamera seperti α9 II dan α7R III.

Juruvideo pasti gemarkan fungsi ini. Bukan sahaja penstabil imej hadir pada lensa, dalam badannya turut dilengkapi teknologi penstabil imej (IBIS) yang mampu memberi kestabilan semasa merakam video ataupun mengambil gambar.

Antara muka (UI) pada produk Sony memang terkenal dengan kompleksnya. Untuk pengguna yang tidak biasa dengan Sony, sedikit masa perlu diambil untuk membiasakan diri dengan ratusan menu-menu tetapan yang ada padanya.

Daripada sudut fizikal luaran, tidak banyak perbezaan boleh dilihat berbanding α7R III. Badannya diperbuat dairpada aloi magnesium dan ia ada ciri weather seal.

Di Malaysia, Sony α7 III dijual pada harga RM8,999 (badan sahaja) dan sudah boleh dibeli berua April 2018. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  OnePlus 6T Oren pilihan McLaren mungkin dipasang RAM 10GB

Perbandingan α7 III dengan α7R III

Sony a7 iiiSony a7r iii
Kaki LensaSony ESony E
SensorFull Frame 24MP
IBIS 5-tahap
Full Frame 42.4MP
IBIS 5-tahap
Pemproses ImejBionz XBionz X
Julat ISO(50) 100 ke 25,600 (204,800)(50) 100 ke 32,000 (102,400)
Tangkapan Selanjar10FPS10FPS
Sistem AFBilangan Titik Fokus: 693
Pengesan Konras
Pengesan Fasa
Bilangan Titik Fokus: 1,118
Pengesan Kontras
Pengesan Fasa
Keupayaan Video[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]
PembidikLCD Boleh Kilas
EVF
LCD Boleh Kilas
EVF
Penyambunganmikro-USB
USB-C
NFC
Wi-Fi
Bluetooth
HDMI mikro
jek mikrofon
jek headfon
mikro-USB
USB-C
NFC
Wi-Fi
Bluetooth
HDMI mikro
jek mikrofon
jek headfon
Kapasiti Bateri2,280mAh2,280mAh