Sony Malaysia cantas RM700 harga Xperia XZ Premium

Memang sekarang ni musim pelancaran banyak model baru telefon pintar. Maka ia juga adalah musim untuk model lama diturunkan harga. Seperti Sony Xperia XZ Premium yang dilancarkan tahun lepas, bersama Sony Xperia XA1 plus.

Facebook Sony Mobile MY memaparkan dua telefon pintar yang disebut telah diturunkan harganya serta-merta. Telefon pintar Sony Xperia XZ Premium kini dijual pada harga RM2,699 sahaja, RM700 turun dari harga asal RM3,399. Manakala Xperia XA1 Plus pula kini hanya RM1,299 sahaja.

Great news!!! SONY Xperia XZ Premium & XA1 Plus are now both available at NEW RRP of RM2699 & RM1299 respectively.
Go…

Posted by Sony Mobile MY on Wednesday, 4 April 2018

Sony Xperia XZ Premium adalah telefon pintar paling premium dalam kelas premium semasa ia dilancarkan. Ia memiliki skrin 5.5-inci dengan resolusi 4K menggunakan paparan Triluminos. Belakang badannya dibuat kemasan metalik, licin seperti cermin yang menampakkan refleksi diri.

Kuasa dalamannya memang di tahap tertinggi, digerakkan cip Snapdragon 835, RAM sebanyak 4GB dan storan dalaman 64GB. Baterinya sebesar 3,230mAh dan menyokong pengecasan pantas melalui sambungan USB-C. Ia juga kalis air dan debu IP68.

Di bahagian kamera, ia dipasang sensor 19MP 1/2.3″ dengan teknologi Motion Eye yang mampu merakam video gerak super perlahan 960fps. Untuk selfie pula ia menggunakan kamera hadapan 13MP F2.0.

Manakala Xperia XA1 Plus adalah peranti kelas pertengahan dengan skrin 5.5-inci HD Penuh. Kuasa pemprosesnya menggunakan cip Mediatek Helio P20, 4GB RAM dan 32GB storan dalaman.

Kamera belakangnya menggunakan sensor Exmor RS 23MP F2.0 manakala kamera hadapan pula 8MP F2.0. Baterinya pula sebesar 3.430mAH.

BACA  Senheng bagi TV LED 40" percuma kalau beli Galaxy Note9

Ini jika anda berminat dengan peranti lama dengan harga lebih rendah. Model terbaru Sony, Xperia XZ2 masih dalam proses pra tempahan. Menurut Sony Malaysia, disebabkan respon yang sangat menggalakkan, mereka melanjutkan promosi pra tempahan ke 8 April.

Due to the overwhelming response that we received for our promotion, we have decided to EXTEND our promotion until the…

Posted by Sony Mobile MY on Friday, 30 March 2018

Tempahan awal Xperia XZ2 berharga RM3,299 ini datang bersama hadiah percuma bernilai RM1,088 iaitu beg, fon kepala, kad Touch n Go serta casing dan pelindung skrin. Jika berminat dengan telefon terbaru Sony ini, boleh lawati laman pra tempahan di 11street.

[Sumber: Facebook Sony Mobile MY]