Telefon Android Go Edition Pertama Di Malaysia Tiba 10 April Ini

Nokia telah melancarkan sejumlah telefon di pameran MWC 2018 baru-baru ini. Dua daripada telefon tersebut, Nokia 7 Plus dan Nokia 1 akan dilancarkan di Malaysia pada 10 April ini. Uniknya tentang pelancaran ini adalah ia akan memperkenalkan telefon Android Go Edition pertama di Malaysia iaitu Nokia 1.

Nokia 1

Jika anda menghadapi masalah lagging dek kerana membeli telefon Android yang murah, anda boleh mendapat penyelesaiannya melalui Nokia 1. Hal ini kerana, ia menjalankan sistem operasi Android Oreo (Go Edition) yang dibangunkan khas untuk peranti spesifikasi rendah, misalnya yang memiliki RAM hanya 1GB.

Telefon kompak ini amat sesuai untuk pengguna yang hanya inginkan ciri-ciri asas seperti telefoni dan mesej. Ia adalah sebuah telefon 4.5″ paparan beresolusi(854 x 480).

Seperti sistem operasi yang dijalankannya, kebanyakkan APP yang dijalankannya turut dioptimumkan untuk sistem operasi tersebut.

Pada papan utama, anda boleh menemui CPU MediaTek MT6737M, RAM 1GB, dan storan 8GB. Serta sebuah bateir berkapasiti 2,150mAh.

Spesifikasi Nokia 1

Paparan4.5"
QVGA
Sistem OperasiAndroid 8 Oreo
Go Edition
PemprosesMediaTek MT6737M
RAM1GB
Storan8GB
Kamera belakang5MP
Kamera depan2MP
Bateri2,150mAh

Nokia 7 Plus

Nokia 7 Plus adalah sebuah telefon dalam kategori midrange yang memiliki spesifikasi dalam kategori Xiaomi Mi A1, Huawei Nova 2i, Moto G5S Plus, Sony Xperia XA2 Ultra, dan seangkatan dengannya.

Lebih menarik, ia menjalankan sistem operasi Android One. Oleh sebab itu, anda boleh menjangkakan sifar bloatware pada telefon ini.

Menurut Nokia, badannya ditempa daripada sebongkah besi alumunium berkualiti tinggi bagi memberikan keutuhan pada struktur teleon ini.

Pengguna mungkin akan tertarik dengan penggunaan CPU Snapdragon 660 yang lebih baru dan cekap tenaga berbanding Snapdragon 625 yang sedang digunakan pada kebanyakkan telefon mid-range masa ini.

BACA  Ini mungkin telefon pertama dengan 4 kamera belakang

Spesifikasi Nokia 7 Plus

Paparan6"
FHD+
Sistem OperasiAndroid 8 Oreo
PemprosesSnapdragon 660
RAM4GB
Storan64GB
Kamera belakang12MP
13MP
Kamera depan16MP
Bateri3,800mAh