• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Beli Huawei P20 serendah RM959 dari Digi

  • OLEH Najib
  • 7:30 pm
  • 06/04/2018
  • Komen
Beli Huawei P20 serendah RM959 dari Digi
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini bermulanya penjualan Huawei P20 dan P20 Pro. Selain dijual di kedai, telefon pintar ini turut boleh didapati di syarikat telekomunikasi. Seperti di Digi, ia boleh dimiliki serendah RM959 tetapi mestilah menandatangani kontrak.

Sebanyak 4 pelan Digi disediakan bersama tawaran Huawei P20 dan P20 Pro. Semua pelan ini disertakan panggilan tanpa had, serta kontrak 24 bulan untuk mengurangkan harga telefon tadi.



Tawaran yang disediakan Digi adalah seperti berikut, janga lupa semak bayaran pendahuluannya juga:

  • Huawei P20
    Digi Postpaid 80 – RM1,835 (Pendahuluan: RM450)
    Digi Postpaid 110 – RM1,763 (Pendahuluan: RM440)
    Digi Postpaid 150 Family – RM1,119 (Pendahuluan: RM750)
    Digi Postpaid 250 Family – RM959 (Pendahuluan: RM1250)
  • Huawei P20 Pro
    Digi Postpaid 80 – RM2,405 (Pendahuluan: RM450)
    Digi Postpaid 110 – RM2,333 (Pendahuluan: RM440)
    Digi Postpaid 150 Family – RM2,189 (Pendahuluan: RM600)
    Digi Postpaid 250 Family – RM1,119 (Pendahuluan: RM1250)

Tetapi bukan ini sahaja bayaran yang perlu dibuat. Jika anda membuat pembelian dalam talian, anda wajib mengambil add-on Gboost iaitu tambahan RM10 sebulan. Gboost menggabungkan data hujung minggu agar boleh digunakan sepanjang masa sambil menambah 10GB lagi data ke dalam kuota bulanan.



Jika anda membuat pembelian di Stor Fizikal Digi pula, add-on Gboost tidak diwajibkan untuk semua pelan kecuali pelan terendah iaitu Digi Postpaid 80.

Dah bersedia untuk membeli Huawei P20 atau P20 Pro dengan Digi? Cuba semak balik bayaran yang perlu. Semak jenis pelan, semak harga subsidi telefon dan jangan lupa bayaran pendahuluan serta bayaran deposit pelan selama satu bulan.

Seperkara lagi, khas untuk pembelian dalam talian. Pembeli akan turut menerima fon kepala Bluetooth bernilai RM178. Tetapi selagi stok masih ada sahaja. Jadi kena lekas bertindak.

Sekarang sudah benar-benar bersedia? Boleh layari laman produk Huawei P20 Digi atau Huawei P20 Pro Digi untuk membuat pembelian.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei P20Huawei P20 DigiHuawei P20 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Beli Huawei P20 serendah RM959 dari Digi

Beli Huawei P20 serendah RM959 dari Digi

6 April 2018
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN