Hebe S.H.E ikut jejak langkah Neelofa

Ketibaan OPPO F7 ke Malaysia tidak lama lagi disambut hari ini dengan pengumuman duta baru untuk jenama ini. Neelofa yang sudah sekian lama mewakili OPPO akan bergandingan dengan duta baru, artis terkenal dari Taiwan iaitu Hebe Tian.

Facebook OPPO Malaysia telah memberi beberapa petunjuk tentang Hebe Tian sebelum ini. Dengan imej yang menarik dan personaliti positif, beliau dijangka akan menarik lebih banyak peminat untuk mengenali OPPO F7.

OPPO F7 akan dilancarkan di Malaysia pada bulan ini, membawakan teknologi swafoto kegemaran ramai ke peringkat lebih baru. Ia menggunakan sensor kamera 25MP F2.0 yang dibantu dengan teknologi AI untuk menghasilkan swafoto yang lebih menawan.

Satu lagi tarikan OPPO F7 adalah takuk ala iPhone X di bahagian atas skrin, untuk menempatkan kamera dan speaker panggilan di dalam skrin nirbingkai berukuran 6.23-inci. Tetapi OPPO masih mengekalkan satu lensa kamera belakang, 16MP F1.8.

OPPO F7 dilengkapi kuasa Mediatek P60. Ia dilancarkan dengan pilihan RAM 4GB dan 6GB, serta storan dalaman 64GB dan 128GB. Masih belum diketahui versi yang manakah akan dijual di Malaysia kelak. Jika sama seperti OPPO F5, maka kedua-duanya akan terdapat di Malaysia.

Telefon ini memiliki bateri sebesar 3,400mAh tetapi tidak kelihatan pengecasan panats VOOC bersamanya. Untuk sistem oeprasi, ia menjalankan ColorOS 5.0 berasaskan Android 8.0 Oreo.

OPPO Malaysia turut mewar-warkan akan ketibaan warna Diamond Black bagi OPPO F7. Ia memiliki kemasan berkilauan yang jarang ada di telefon pintar.

Berapakah harga jualannya? Di India, OPPO F7 telah dijual pada harga rs21,990 (~RM1,307) untuk versi 4GB/64GB, dan rs26,990 (~RM1,605) untuk versi 6GB/128GB. Kami jangka harga di Malaysia tidak akan jauh berbeza dari India.

BACA  Badan Huawei Mate 20 mungkin sebuah pengecas wayarles

Sehingga kini, masih belum ada tarikh ditetapkan untuk pelancaran OPPO F7 di Malaysia selain dinyatakan akan dilancarkan pada bulan April. Sementara itu, boleh nantikan pengumuman lanjut di Facebook OPPO Malaysia atau dapatkan lebih info di laman web OPPO F7.