• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Adakah ini BlackBerry KEYone key-dua?

  • OLEH Najib
  • 5:11 pm
  • 11/04/2018
  • Komen
Adakah ini BlackBerry KEYone key-dua?
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun popularitinya kini rendah, Blackberry masih menghasilkan model baru telefon pintar terima kasih kepada kerjasama mereka bersama TCL. Kini, terdapat ura-ura yang menyatakan mereka akan menghasilkan model pengganti untuk KEYone.

BlackBerry KEYone adalah telefon pintar yang dilancarkan tahun lepas, yang masih mengekalkan papan kekunci fizikal. Ia boleh dikatakan peranti dalam kelas flagship, walaupun menggunakan pemproses Snapdragon 625 kelas pertengahan.



Hari ini telah tersebar gambar yang mengatakan rupa peranti BlackBerry baru yang memiliki papan kekunci fizikal. Ia datang bersama kod nama Athena. Pastinya sistem operasi masih menggunakan Android.

BlackBerry Athena kelihatan mengekalkan rupa yang sama seperti KEYone, dengan satu perbezaan ketara. Dwi kamera belakang. Jika benar, ia adalah telefon pintar pertama BlackBerry yang menggunakan dua lensa kamera di belakang.



Saiz skrin dan susunan papan kekunci fizikal di Athena nampak tiada perubahan. Ia mungkin masih menggunakan kunci space sebagai pengimbas capjari, serta permukaan papan kekunci yang berfungsi sebagai trackpad.

Port audio 3.5mm terdapat di bahagian atas manakala port USB-C untuk pengecasan ada di bawah. Terdapat 4 butang di sisi iaitu butang bunyi naik dan turun, butang kuasa dan juga butang ‘convenience’ yang boleh diiubahsuai menjalankan pelbagai arahan.

Badan belakangnya kelihatan masih menggunakan kemasan getah. Manakala susunan dua kamera belakangnya dalam keadaan mendatar, bukan menegak seperti iPhone X. Ia juga agak menonjol dengan bonjolan.

Walaupun dipanggil Athena, sudah pasti nama rasminya tidak lari jauh dari KEYone. Persoalannya, bagaimanakah nama baru akan diberi padanya. Adakah mungkin ia dinamakan KEYtwo, atau KEYone Two, atau KEYone 2018 sahaja? Apa nama yang anda rasakan paling sesuai?

[Sumber: PhoneArena, SlashLeaks]

Tags: BlackBerryBlackBerry AthenaBlackBerry KEYoneBlackBerry KEYtwo
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Adakah ini BlackBerry KEYone key-dua?

Adakah ini BlackBerry KEYone key-dua?

11 April 2018
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER