Lazada Wallet cara mudah beli belah tanpa guna kad atau bank

Bagi memberi lebih pilihan dan kemudahan buat pembeli-belah dalam talian, Lazada kini melancarkan dompet elektronik atau e-wallet. Dengan Lazada Wallet, ia boleh mempercepatkan lagi bayaran sambil memberi lebih penjimatan.

Sebagai promosi pengenalan, Lazada kini menawarkan tunai kembali atau cashback sebanyak 10% (maksima RM20) untuk tambah nilai kali pertama ke dalam Lazada Wallet. Kemudian, 10% lagi cashback akan diberikan semasa pembayaran dibuat, dengan syarat pembelian minima sebanyak RM100.

Lazada Wallet membolehkan pengguna di Lazada untuk membuat bayaran yang lebih pantas. Malah, ia juga boleh ditambah nilai melalui pelbagai saluran seperti perbankan online, kad debit atau kredit, serta secara tunai di 7-Eleven. Ini memberi ruang kepada pengguna yang tidak memiliki akses ke akaun bank serta kad debit atau kredit.

Bulan April adalah bulan sambutan ulangtahun Lazada Malaysia. Lazada akan mengumumkan lima fungsi istimewa semasa sambutan ulangtahun ini dibuat, pada hujung bulan April ini. Ia dikatakan akan berkait rapat dengan penggunaan Lazada Wallet.

Kepada yang berminat, pendaftaran boleh dibuat dengan melawat laman web Lazada Wallet. Daftar masuk ke akaun Lazada anda dan aktifkan Lazada Wallet.

Terma dan syarat lebih lanjut turut boleh di dapati di laman Lazada Wallet tersebut.