• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun RM450 kalau beli Lenovo K8 Note di Shopee

  • OLEH Najib
  • 12:56 pm
  • 12/04/2018
  • Komen
Diskaun RM450 kalau beli Lenovo K8 Note di Shopee
Share on FacebookShare on Twitter

Bajet RM1,000 adalah jawapan popular apabila ditanya bajet untuk membeli telefon pintar. Ia memberi banyak pilihan dan dilihat memiliki prestasi yang sangat berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.

Apatah lagi jika ia diberi diskaun dan hadiah percuma, seperti apa yang ditawarkan oleh Lenovo Malaysia menerusi stor rasmi mereka di Shopee.



Lenovo K8 Note adalah sebuah peranti kelas pertengahan, kini dijual dengan diskaun RM450 dan datang bersama kad mikroSD 32GB, boleh dimiliki pada harga hanya RM849 di Shopee.

Telefon pintar ini sememangnya tidak mengikut trend terkini dengan skrin 5.5-incinya memiliki nisbah 16:9, walaupun masih dengan resolusi HD penuh 1920×1080. Malah, bateri 4,000mAh di dalamnya dicas melalui sambungan mikro USB 2.0.



Tetapi Lenovo K8 Note tidak ketinggalan dari segi kamera. Ia mengguna dwi-lensa kamera belakang, gabungan sensor PureCel®Plus 13MP dan sensor pengesan kedalaman 5MP. Kamera hadapannya juga 13MP dan memiliki Party Flash untuk swafoto yang cerah.

Kuasa pemprosesnya diuruskan oleh cip Mediatek Helio X23 10-teras, bersama 4GB RAM dan 64GB storan. Ia memiliki slot kad mikroSD yang berasingan dari slot kad sim, membolehkan dua kad sim 4G dan kad mikroSD digunakan serentak.

Peminat fon kepoala berwayar boleh menikmati lagu kegemaran mereka di K8 Note kerana ia masih memiliki port audio 3.5mm. Malah ia dilengkapi teknologi Dolby Atmos untuk bunyi sekeliling yang menakjubkan, yang turut boleh didengari menerusi satu speaker di belakang badan besinya.

Jika anda merasakan Lenovo K8 Note ini serasi dengan jiwa raga anda, segeralah melawat ke laman jualan Lenovo K8 Note di Shopee untuk mendapatkannya pada harga diskaun dan menerima kad mikroSD 32GB percuma.

Kalau nak kenal peranti ini dengan lebih lanjut, boleh teruskan bacaan di laman produk Lenovo K8 Note.

Tags: lenovoLenovo K8 NoteLenovo K8 Note Shopeelenovo malaysiaShopee
Najib

Najib

POPULAR

Diskaun RM450 kalau beli Lenovo K8 Note di Shopee

Diskaun RM450 kalau beli Lenovo K8 Note di Shopee

12 April 2018
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN