• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Meizu M6s pesaing ketat Redmi 5

  • OLEH Najib
  • 5:18 pm
  • 12/04/2018
  • Komen
Meizu M6s pesaing ketat Redmi 5
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mahu telefon pintar murah yang bukan dari Xiaomi, satu jenama yang boleh anda pertimbangkan adalah Meizu. Kini model terbaru mereka, Meizu M6s boleh mula didapati di Malaysia pada harga RM699 sahaja.

Spesifikasinya yang sangat menyerupai Redmi 5, menjadikan ia sebagai pesaing kepada model Xiaomi ini. Persamaannya boleh dilihat dari jenis skrin, iaitu nirbingkai 18:9 berukuran 5.7-inci dengan resolusi HD+ (1440×720).



Kuasa pemproses diuruskan oleh cip Samsung Exynos 7872 14nm 6-teras yang baru, bersama 3GB RAM dan 32GB storan dalaman, dan menyokong tambahan storan melalui kad mikroSD. Bateri pula berkapasiti 3,000mAh dan memiliki sokongan pengecasan pantas Meizu mCharge 18W.

Meizu M6s memiliki badan besi dengan kedudukan pengimbas capjari yang agak unik, terletak di sisi telefon atau di bawah butang kuasa. Meizu menyatakan ia boleh membuka kunci skrin sepantas 0.2 saat.



Kameranya pula dipasang dengan sensor 16MP F2.0 di belakang, serta sensor 8MP F2.0 di hadapan.

Kepada yang berminat, Meizu M6s boleh didapati di DirectD dengan harga RM699. Ia RM100 lebih mahal dari Redmi 5 dengan spesifikasi yang sama, tetapi ia boleh menjadi pilihan untuk mereka yang mahu sesuatu yang berbeza dari Xiaomi. Tetapi DirectD menawarkannya dalam dua warna sahaja, iaitu hitam dan emas.

Untuk mengenalinya dengan lebih lanjut, layari laman produk Meizu M6s.

Tags: meizuMeizu M6sMeizu M6s MalaysiaMeizu Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Meizu M6s pesaing ketat Redmi 5

Meizu M6s pesaing ketat Redmi 5

12 April 2018
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN