OpenSignal Umum Telco Baik Dan Teruk Dalam Laporan April 2018

Kali terakhir OpenSignal menerbitkan laporan prestasi telco di Malaysia adalah enam bulan yang lalu. Laporan terbaru mereka yang baru saja diterbitkan dalam bulan April 2018 membentangkan prestasi penyedia perkhidmatan telco di Malaysia antara 1 Dec 2017 hingga 28 Februari 2018.

Semua data dalam laporan ini adalah diambil secara crowd source. Jika anda masih belum mengetahui, OpenSignal memiliki APP khas di Android dan iOS untuk tujuan mengumpul sampel data. Jika anda memuat turun APP ini, anda boleh dikatakan sedang menyertai kajian berskala gergasi OpenSignal ini.

Laporan daripada OpenSignal dibahagikan dalam enam kategori.

Laju Muat Turun: 4G/3G/Keseluruhan

Maxis meneruskan mendominasi daripada segi kelajuan sama ada 4G ataupun 3G dalam laporan ini dan juga sebelumnya. Maxis menyediakan purata kelajuan sambungan 4G sepantas 23.59Mbps.

Kedudukan telco lain juga tidak berubah kecuali pada kelajuan. Unifi menduduki tempat paling bawah dalam kategori laju 4G dengan kelajuan hanya 6.76Mbps.

Senario yang sama turut boleh dilihat dalam kategori 3G. Semua telco masing-masing mengekalkan kedudukan berbanding laporan sebelum ini dengan Maxis terus menerajui dengan kepantasnan 4.05Mbps. Digi pula adalah yang paling perlahan iaitu 3.05Mbps

Latensi: 4G/3G

Latensi bermakna sepantas manakah rangkaian telco anda bertindak balas terhadap input daripada pengguna. Latensi yang rendah menunjukkan rangkaian itu sangat responsif dan ia kemudiannya diterjemahkan kepada pengalaman berinternet yang lebih lancar.

Dalam kategori 4G, Maxis hadir menjadi rangkaian paling responsif dengan kepantasan 39.8ms manakala Yes mencatatkan latensi tertinggi iaitu 53.18ms. Dalam kategori 3G, Digi mencatatkan latensi paling perlahan iait 144.72ms manakala U Mobile adalah yang terpantas dengan 92.7ms

Kesambungan: 4G

Dalam senario ini, jika anda berada di luar cakupan 4G, anda mungkin akan bersambung ke rangkaian 3G. Maka, dalam kategori ini, ia mengira berapa lamakah anda berhubung dengan rangkaian 4G sepanjang ada menggunakan telefon.

BACA  Nokia Malaysia lancar 6.1 Plus tetapi masih berahsia tentang 5.1 Plus

Dalam kategori ini, sudah tentu Yes akan mendahului kerana Yes adalah satu rangkaian “4G atau GG”. Ia bermakna, jika tak sambung ke 4G, anda langsung takkan boleh mengakses Internet, seperti yang dihadapi oleh 7.53% pengguna Yes. Bagi telco yang lain, pengguna mereka mungkin disambung pada perkhidmatan 3G.

Dalam keenam-enam kategori sepeti yang dibentang OpenSignal, Maxis memenangi 4 daripadanya menakala U Mobile dan Yes masing-masing 1. Adakah anda bersetuju dengan keputusan ini?

[Sumber: OpenSignal]