5 produk baru Xiaomi boleh dibeli di Malaysia

Jika anda peminat Xiaomi, pasti anda tidak mereka tidak hanya membuat telefon pintar. Banyak barangan elektrik dan rumah yang dihasilkan Xiaomi, antara yang popular adalah powerbank dan peranti kecergasan.

Sedikit demi sedikit, pelbagai porduk Xiaomi dibawa masuk ke Malaysia dan minggu ini, Mi Malaysia mengumumkan lima produk baru yang telah mula dijual di Malaysia dan kini boleh didapati di Stor Rasmi Xiaomi Lazada.

Lima produk tersebut adalah:

  1. Amazfit BipRM299
  2. Mi x Wiha Precision ScrewdriverRM88
  3. Mi Electric ToothbrushRM148
  4. Mi Noise Canceling EarphonesRM249
  5. Mi ANC Type-C In-Ear EarphonesRM249

Amazfit Bip

Peranti kecergasan Xiaomi terutama jenis boleh pakai sangat popular dek kerana harganya yang terlampu murah di samping bateri yang tahan lama. Jam Amazfit Bip ini adalah versi yang lebih maju.

Ia memiliki bateri tahan laman sehingga 30 hari, kalis iar dan debu IP68, GPS dan pemantau degupan jantung terbina di dalam dan fungsi pintar untuk aktviti kecergasan.

Sebagai peranti pintar, ia turut boleh memaparkan notifikasi dari telefon pintar yang bersambung melalui Bluetooth seperti panggilan masuk dan SMS. Terdapat empat warna boleh dipilih iaitu hitam, hijau, merah dan putih.

Mi x Wiha Precision Screwdriver

Nampak macam sekotak pemutar skru biasa, tetapi ia memiliki 24 mata pelbagai pemutar skru. Xiaomi bekerjasama dengan Wiha, sebuah syarikat perkakas dari Jerman.

Mi Electric Toothbrush

Berus gigi elektrik Xiaomi ni memiliki pelbagai mod memberus seperti kekuatan dan masa memberus. Malah, ia boleh disambungkan secara Bluetooth kepada telefon untuk pelbagai pemantauan.

Mi Noise Canceling Earphones

Bunyi persekitaran yang senyap ketika menikmati lagu memang mengasyikkan. Untuk mencapainya, penggunaan fon kepala dengan fungsi noise cancellation atau anti hingar boleh membantu.

Fon kepala anti hingar Xiaomi ini menyokong sambungan 3.5mm jadi ia boleh digunakan dengan pelbagai peranti. Tetapi fungsi anti hingarnya perlu dicas menggunakan kabel mikroUSB, dan berkhidmat sehingga 12 jam.

Ia memiliki dua mod anti hingar. Mod high level mematikan bunyi persekitaran untuk kenikmatan mendengar muzik maksima. Manakala mod low level, menggunakan tenaga yang rendah dan memanjangkan penggunaan.

Mi ANC Type-C In-Ear Earphones

Hampir sama seperti saudaranya di atas, ia menggunakan sambungan USB-C untuk bersambung ke telefon pintar. Tetapi, hanya beberapa telefon sahaja yang serasi digunakan iaitu Mi 5 dan Mi MIX 2 sahaja.

Melalui sambungan USB-C, ia tidak memerlukan tenaga luaran. Ia juga mampu menangkis bunyi hingar lebih baik, di antara 50-20KHz atau di ats 25dB.

[Sumber: Facebook Mi Malaysia]

  • FFX

    Yee light bila? byk lg barang under Xiaomi xsampai sini