Digi Perkemas Tawaran Prepaid Mereka Untuk April 2018

Produk prabayar telekomunikasi di Malaysia amatlah dinamik. Perubahan sentiasa disuntik padanya bagi terus memberi saingan kepada produk-produk pesaing yang lain. Digi tidak ketinggalan untuk melakukan sesuatu bagi menjadikan produk prabayar mereka kekal kompetitif.

Ini adalah kemas kini prabayar Digi setakat 13 April 2018.

Kad SIM

Hanya satu pelan prabayar ditawarkan berbanding sebelum ini iaitu Digi Prepaid LiVE. Anda boleh mendapatkannya pada harga RM8.00 ataupun percuma jika melakukan port masuk ke rangkaian Digi.

Manfaat asas yang diperoleh melalui pelan Prepaid LiVE adalah seperti:

  • Panggilan percuma tanpa mengira rangkaian antara 9AM hingga 5PM selepas menggunakan RM2 untuk bersembang.
  • Kuota bulanan 2.5GB untuk melayani kandungan stream dari portal seperti YouTube, iFlix, Spotify, dan sebagainya.
  • Internet asas percuma sebanyak 500MB

Pakej-Pakej Internet

Internet Cili Padi

Internet Cili Padi adalah produk add-on yang boleh dibeli untuk mengiringi pakej data sedia ada. Tempoh sah add-on ini berada dalam julat 1 jam hinggalah 24 jam. Ia amat sesuai untuk anda yang ingin mendapatkan akses Internet tertentu pada masa tertentu.

Misalnya, Video Lite amat sesuai untuk dilanggan pada hujung minggu semasa anda ingin menonton strim video tak kiralah daripada YouTube ataupun Tonton.

Internet Cili Padi terbahagi kepada tiga jenis add-on iaitu:

  • Time Pass
  • APP Pass
  • Bonus Pass

Time Pass

APP Pass

Bonus Pass

Super Tererrr

Super Tererrr adalah pelan bulanan yang memberikan kuota panggilan dan Internet dalam satu pakej. Pada harga serendah RM38, anda menerima kuota 5GB dan panggilan ke pengguna Digi tanpa had. Anda turut boleh mengakses Internet tanpah menggunakan kuota antara jam 12 tengha malam hingga 12 tengah hari.

BACA  Aplikasi Ibadat jadi pusat sehenti rujukan ibadah Muslimin

biGBonus

BiGBonus adalah pelan yang memberikan data semata-mata. Keunikkan pelan ini adalah pada setiap hari, anda menerima 2GB data untuk digunakan antara jam 1pm hingga 7pm disamping kuota Internet pantas yang hadir bersama pakej langganan.

Kaki Social

Jika biGBonus memberikan data percuma untuk digunakan pada waktu tertentu, Kaki Social pula memberikan anda kuota media sosial (medsos) tanpa had. Ada juga pakej yang measukkan kuota panggilan suara pada harga serendah RM30.

Untuk maklumat lanjut layari laman rasmi produk.