• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unifi mobile perkenal kembali pelan internet tanpa had, tapi dengan syarat

  • OLEH Najib
  • 4:21 pm
  • 13/04/2018
  • Komen
Unifi mobile perkenal kembali pelan internet tanpa had, tapi dengan syarat
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila nama webe ditukar ke unifi mobile, maka tamatlah juga pelan tanpa had yang diperkenalkannya. Tetapi kelihatan seperti internet tanpa had dikembalikan ke unifi mobile.

Beberapa pengguna unifi mobile menerima SMS tentang tawaran baru dari unifi mobile, iaitu add-on #BEBAS2NJOY. Ia memberikan pengguna pilihan untuk mendapatkan internet tanpa had untuk masa tertentu. Dan tawaran ini dikatakan dalam masa terhad sahaja.



Terdapat tiga jenis pelan BEBAS yang memberikan internet tanpa had ini, iaitu Weekly (mingguan), BEBAS Daily (harian) dan BEBAS 2Hours (2jam).

BEBAS Weekly dikenakan caj RM20 untuk kegunaan internet tanpa had selama 7 hari. Manakala BEBAS Daily pula dicaj RM5 untuk kegunaan 24 jam. BEBAS 2Hours pula hanya RM3 dan membenarkan penggunaan internet tanpa had selama 2 jam sahaja.



Tetapi, internet tanpa had ini hanya boleh digunakan di dalam rangkaian LTE atau 4G sahaja. Tidak boleh digunakan di rangkaian 3G, 2G dan tiada G. Ini boleh difahami kerana TM hanya memiliki liputan 4G sahaja, manakala liputan 3G dan 2G disewa dari Celcom.

Ini satu langkah yang menarik dari TM, tetapi ia pasti lebih memudahkan jika TM turut menawarkan pelan bulanan. Jika dikira dari pelan bulanan, pengguna perlu membayar kira-kira RM80 (RM20x4) untuk kegunaan sebulan. Hampir sama dengan tawaran webe dahulu, cuma tiada panggilan dan SMS tanpa had. Tetapi ia masih berbaloi terutama untuk pengguna di dalam kawasan liputan LTE yang memuaskan.

Apatah lagi, ia dilihat lebih murah dari melanggan unifi Wireless Broadband yang dicaj RM79 sebulan dengan kuota data 60GB sahaja. Malah, perlu membeli router bernilai RM599 lagi.

Kalau anda pengguna unifi mobile dan mahu melanggan pelan internet tanpa had ini, ia boleh dilakukan menerusi aplikasi [email protected] Maklumat lanjut tentang unifi mobile boleh dirujuk di laman web unifi.com.my/mobile.

Tags: Mobile UniFiTelekom MalaysiaTMUnifiUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Unifi mobile perkenal kembali pelan internet tanpa had, tapi dengan syarat

Unifi mobile perkenal kembali pelan internet tanpa had, tapi dengan syarat

13 April 2018
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

27 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER