5 Sebab Mengapa Laptop Gaming Asus Digeruni Pesaingnya

Untuk tahun 2018, jabatan gaming ASUS, Republic of Gamers (ROG) melancarkan sejumlah laptop pelbagai spesifikasi dan kategori harga khas untuk pengguna Malaysia. 12 model laptop diperkenalkan dalam beberapa kategori berbeza seperti:

  • ASUS ROG
  • ASUS Zephyrus
  • ASUS ROG Zephyrus M
  • ASUS ROG Strix Scar Edition
  • ASUS ROG Strix Hero Edition
  • ASUS TUF Gaming

Dalam setiap laptop yang dipertontonkan, terdapat sekurang-kurangnya satu daripada lima kelebihan yang membuatkan pengguna tertarik dengan produk ASUS.

1. ASUS Ada Dalam Setiap Kategori Pengguna Laptop Gaming

Tidak kiralah anda penagih video game ataupun pemain kasual yang bermain bila ada masa terluang, ASUS tetap ada sesuatu untuk anda.

ASUS membahagikan ekosistem lptop gaming dalam lima lapisan, dari yang paling atas:

  1. AAA (ROG)
  2. Nipis & Ringan (Zephyrus)
  3. Prestasi (ROG Zephyrus M)
  4. eSport (ROG Strix)
  5. Pelbagai Guna (TUF Gaming)

2. Laptop ASUS Dikemas Kini Dengan Komponen Flasghip

Contohnya, ROG G703 diberikan cip Intel Core-i9 yang pastinya memberi prestasi gaming yang tiada bandingan.

Selain itu, hampir semua laptop gaming baru yang dilancarkan di Malaysia tahun ini menggunakan cip Intel Core generasi ke-8.

3. Sistem Kawal Selia Haba Yang Mantap

Haba bukanlah sahabat karib pada komponen pengkomputeran, lebih-lebih lagi pada CPU dan GPU. Prestasi laptop terpaksa dihadkan agar papan utamanya tidak cair dek suhu yang terlalu tinggi.

Untuk menyelesaikan masalah itu, sistem penyejukkan pada laptop yang dilancarkan mereka mampu meningkatkan pengaliran udara 41% lebih baik berbanding sebelumnya.

Ia dicapai dengan menggantikan kipas biasa 5V dengan kipas 12V yang lebih berkuasa. Menggunakan kipas bervoltan tinggi menyebabkan kipas berpusing 20% lebih pantas.

Bagi mengekalkan tahap optimum kipas penyejuk, satu lohong pembuang debu dan habuk direka pada komponen kipas.

BACA  Pengeluar casing dedah saiz sebenar skrin Galaxy S10

4. Panel Paparan Terbaik Dalam Kelasnya

Walaupun gaming menggunakan laptop. Asus tidak membenarkan kompromi dilakukan pada paparan hanya kerana golongan ini lebih fleksibel dan memahami hakikat tiada sebuah laptop gaming yang sempurna.

Kecuali siri TUF, semua laptop ROG yang diperkenalkan dalam majlis itu dilengkapi panel sekurang-kurangnya 120Hz dan waktu gerak balas sepantas 3ms. Nvidia G-SYNC turut ada untuk menambah baik lagi pengalaman bermain.

5. Harga Rendah Spesifikasi Tinggi

Contohnya, Zephyrus M GM501 yang mengenakan GPU GTX 1070 dan mempunyai spesifikasi hampir sama dengan sebuah MSI GS65 Stealth Thin 8RE berharga RM9,299 walhal pesaingnya itu berharga RM10,999, perbezaan hampir RM1,700.

Untuk laptop gaming yang berada dalam kategori entri pula, Asus TUF FX504GD dijual pada harga RM3,299.

Senarai Lengkap Harga Rasmi Laptop Gaming ASUS 2018