Pelancaran Redmi Note 5 Indonesia penting buat Malaysia

Peranti Xiaomi yang dinanti ramai di Malaysia, hari ini telah rasmi dilancar di Indonesia. Sedikit sebanyak, ia menandakan ketibaan peranti yang sama ke Malaysia tidak lama lagi. Dijangka pada 24 April 2018.

Redmi Note 5 yang dilancarkan di Indonesia hari ini memiliki spesifikasi yang sama seperti di China. Ini menolak desas desus persamaannya dengan Redmi Note 5 Pro di India.

Redmi Note 5 adalah yang pertama di dunia menggunakan pemproses Snapdragon 636. Ia dibekalkan RAM 3GB atau 4GB, serta storan 32GB atau 64GB. Ia turut menyokong dua kad sim, yang berkongsi tempat dengan kad mikroSD.

Menuruti spec China, dwi-kamera belakang Redmi Note 5 adalah gabungan lensa 12MP+5MP dengan pembidik autofokus dwi-piksel yang amat pantas. Kamera hadapan pula 13MP dan memiliki lampu LED Flash tersendiri. Ia ditambah lagi dengan kuasa swafoto AI.

Perkara yang lebih penting tentang pelancaran di Indonesia ini adalah harganya. Kerana kita boleh anggarkan tukaran matawang yang tidak jauh dengan Malaysia.

Dua versi Redmi Note 5 diumumkan dalam majlis ini, iaitu versi 3GB RAM bersama 32GB storan, serta 4GB RAM dan 64GB storan. Tiada pula versi 6GB RAM. Harganya di Indonesia adalah seperti berikut:

  • Redmi Note 5 3GB/32GB = Rp. 2.499.000 (~RM705)
  • Redmi Note 5 4GB/64GB = Rp. 2.999.000 (~RM847)

Dengan harga di bawah RM1,000 ia sememangnya pilihan terbaik. Tetapi agak sukar untuk mengambil kira kadar tukaran matawang ini, kerana ia adalah lebih murah dari Redmi 5 Plus di Malaysia yang memiliki spesifikasi lebih rendah dari Redmi Note 5.

Ada beberapa kemungkinan yang boleh dikatakan tentang harga Redmi Note 5 kelak di Malaysia. Tetapi kami jangka sebegini, Redmi 5 Plus akan dikurangkan harganya manakala Redmi Note 5 akan mengambil tempat harga Redmi 5 Plus.

BACA  Google Pixel 3 kekal dengan prinsip satu kamera belakang

Maka anggaran kami, harga Redmi Note 5 di Malaysia akan menjadi sebegini:

  • Redmi Note 5 3GB/32GB = RM749
  • Redmi Note 5 4GB/64GB = RM899

Apa pendapat anda, adakah sama seperti jangkaan kami ini? Bagaimanapun, kita tunggu pengumuman rasmi dari Mi Malaysia pada 24 April kelak.

Sementara tu, jom layan muzik video JKT48 berkenaan Redmi Note 5 ni. Untung Indonesia dapat lagu tema Redmi Note 5 tersendiri.

[Sumber: Mi Indonesia]