• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iPhone SE2 makin hampir dilancarkan?

  • OLEH Najib
  • 7:10 pm
  • 20/04/2018
  • Komen
iPhone SE2 makin hampir dilancarkan?
Share on FacebookShare on Twitter

Khabar angin yang bertiup kencang menyatakan Apple akan menghasilkan tiga telefon pintar iPhone untuk tahun 2018. Ia semakin menghampiri kenyataan apabila terdapat satu penemuan tentang pendaftaran 10 jenis iPhone.

Satu laman web Perancis melaporkan, mereka menemui 10 jenis model baru iPhone didaftarkan oleh Apple di Eurasian Economic Commission (EEC). Model tersebut adalah A1920, A1921, A1984, A2097, A2098, A2099, A2101, A2103, A2104, A2105 dan A2106. Ia turut menyatakan peranti ini menjalankan sistem operasi iOS 11.



Rasanya terlalu hampir untuk menyatakan iPhone X yang baru dilancarkan Oktober lepas. Jadi cakap-cakap di internet kuat mengatakan yang ia mungkin merujuk kepada iPhone SE2. Tetapi mengapa sehingga 10 jenis model?

Jangan terlalu cepat bergembira melihatkan banyaknya model baru ini. Ia sebenarnya mungkin merujuk kepada SKU berbeza, di mana jenis WiFi, rangkaian LTE, mahupun sedikit perbezaan perkakas menjadikan ia didaftar dengan model berlainan. Seperti iPhone X, ia memiliki tiga nombor model iaitu A1865, A1901 dan A1902.



Penemuan ini dikaitkan dengan iPhone SE2 kerana peranti ini telah lama diwar-warkan mahu dilancarkan. iPhone SE asal telah dilancarkan 2 tahun lepas, pada Mac 2016.

Cuma masalahnya, iPhone SE asal dihasilkan dengan menggunapakai rekaan iPhone 5, malah ia turut menggunakan bahan kitar semual dari telefon lama itu. Ini menjadikannya ia boleh dijual pada harga lebih murah.

Tetapi untuk iPhone SE2, ia mungkin akan mengguna rekaan baru. Malah tiada bahan untuk dikitar semula memandangkan iPhone menggunakan rekaan yang hampir sama dari iPhone 6 sehingga iPhone 8.

Acara besar Apple seterusnya adalah pada 4 Jun, iaitu Apple WWDC 2018. Di sana mungkin kita akan dapat melihat model iPhone yang baharu. Di mana salah satu darinya mungkin iPhone SE2.

Adakah ada menantikan ketibaan iPhone SE2, atau berharap Apple menghasilkan iPhone murah yang lebih besar?

[Sumber: CNET, MacRumors]

Tags: appleiphoneiPhone SEiPhone SE2
Najib

Najib

POPULAR

iPhone SE2 makin hampir dilancarkan?

iPhone SE2 makin hampir dilancarkan?

20 April 2018
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER