5 ciri telefon pintar paling berbaloi dibeli

[Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Xiaomi Redmi Note 5]

Zaman teknologi masa kini membuatkan manusia sukar berenggang dengan telefon pintar. Anak muda sibuk mengemaskini media sosial mereka, manakala yang tua asyik menonton berita yang kini boleh didapati terus dari internet.

Memperkatakan tentang telefon pintar pula, model yang manakah pilihan terbaik untuk segenap golongan masyarakat, tidak kira yang tua mahupun yang muda?

Di bawah ini kami senaraikan 5 kriteria yang perlu ada pada telefon pintar yang terbaik untuk semua.

1. Harga tidak melampau

Agak-agak berapa harga yang dikatakan tidak melampau? Kebanyakan persoalan yang selalu tiba di inbox kami adalah, apakah telefon terbaik di bawah RM1,000? Jadi tidak salah untuk kami nyatakan RM1,000 adalah bajet yang sesuai kerana ia menjadi pertanyaan ramai, di samping banyaknya pilihan yang terdapat dalam julat harga ini.

Harga ini juga sering memberikan pilihan perkakas terbaik untuk setiap RM yang dibelanjakan. Pendek kata, paling berbaloi. Bila berkata tentang harga yang berbaloi, salah satu jenama yang sering diperkatakan di Malaysia, sudah pasti Xiaomi.

2. Kuasa pemprosesan tinggi

Dengan bajet sekitar RM1,000 memang tidak terjangkau untuk mendapatkan peranti dengan kuasa pemproses Snapdragon siri-800. Jadi pilihan kedua terbaik, adalah pemproses Snapdragon siri-600.

Salah satu pemproses Snapdragon siri-600 yang terbaru dalam pasaran adalah Snapdragon 636. Ia memiliki 8-teras cip Kryo 260, gabungan teras A73 berkuasa tinggi dan teras A53 yang jimat tenaga. Apatah lagi ia dihasilkan dari proses 14nm, kurang menggunakan tenaga dan memberi hayat yang lebih panjang kepada bateri.

Peranti pertama di pasaran yang menggunakan pemproses Snapdragon 636 ini adalah Redmi Note 5.

3. Skrin besar dan nirbingkai

Salah satu teknologi yang popular bermula tahun lepas dan mula mendapat tempat dalam arus perdana masakini adalah skrin nirbingkai. Skrin ini lebih lebar dari standard 16:9, biasanya bernisbah 18:9.

Malah, ia boleh memuatkan lebih skrin dalam saiz badan yang sama. Misalnya Redmi Note 5 yang memiliki skrin 5.99-inci 18:9, memiliki saiz badan 158.6mm x 75.4mm. Manakala Mi A1 dengan skrin 5.5-inci 16:9 pula, saiz badannya ialah 155.4mm x 75.8mm.

Lebih besar skrin, lebih banyak benda boleh dilihat.

4. Bateri besar

Sifir mudah untuk peranti tahan lama, adalah bateri yang besar. Kebanyakan peranti masa kini memuatkan bateri yang lebih dari 3,000mAh. Tetapi hanya segelintir yang mampu memuatkan bateri 4,000mAh di dalamnya.

Sebagai contoh, Xiaomi memuatkan siri Redmi Note mereka dengan bateri 4,000mAh. Sejak dari Redmi Note 3, Redmi Note 4 dan kini Redmi Note 5, kesemuanya memiliki bateri 4,000mAh di dalamnya. Apabila digandingkan dengan pemproses jimat tenaga seperti Snapdragon 636, ia menjadikan peranti boleh bertahan sehingga 2 hari lamanya.

5. Kuasa kamera kelas flagship

Berbalik kepada bajet RM1,000 tadi, memang sukar untuk mendapatkan kamera sehebat telefon pintar berharga RM3,000 ke atas. Tetapi mari kita selidik beberapa ciri-ciri kamera flagship ini.

Dwi-kamera belakang kini sudah menjadi pilihan ramai pengeluar. Tetapi saiz MegaPiksel (MP) bukan lagi petunjuk kehebatan kamera. Sebaliknya saiz piksel pada sensor imej dan apertur adalah lebih penting.

Kebanyakan peranti flagship masakini melengkapkan kamera mereka dengan saiz piksel 1.4-mikron. Bukan itu sahaja, ia memiliki apertur sepantas F2.0 dan ke atas. Apabila berbicara tentang apertur, lebih rendah nombornya adalah lebih baik.

Tetapi satu ciri terbaik kamera flagship adalah penggunaan Dual Pixel Auto Focus atau DPAF. Teknologi ini membolehkan autofokus mengesan subjek dan mengunci fokus dengan lebih pantas. Pendek kata, dapat mengambil gambar lebih pantas tanpa kabur.


Sekarang kita sudah dapat 5 ciri telefon pintar yang terbaik, tetapi telefon apakah yang dapat memenuhi 5 ciri-ciri ini?

Harga di bawah RM1,000, kuasa pemproses sekurangnya Snapdragon 636, skrin nirbingkai seluas 5.99-inci, bateri besar 4,000mAh dan kamera kelas flagship dengan DPAF?

Hanya satu peranti yang dapat memenuhi kesemua 5 ciri ini dan ia adalah Redmi Note 5. Ia memenuhi semua 5 ciri di atas, malah memberi pengguna lebih banyak fungsi hebat seperti kamera swafoto 13MP dengan cahaya LED, serta teknologi Beautify 4.0 berkuasa AI.

Telefon pintar ini akan tiba di Malaysia tidak lama lagi dengan harga di bawah RM1,000.

(gambar dari Mi Indonesia)