• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Warna idaman Huawei P20 Pro akan tiba di Malaysia tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 1:11 pm
  • 26/04/2018
  • Komen
Warna idaman Huawei P20 Pro akan tiba di Malaysia tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei P20 adalah satu telefon pintar yang meningkat popular di Malaysia. Apapah lagi dengan model yang paling hebat, P20 Pro yang memiliki tiga lensa Leica di kamera belakang.

Cuma satu perkara yang mengevewakan bila ia dilancarkan di Malaysia sebelum ini, adalah tiada pilihan warna Twilight yang sangat unik.



Tetapi ada berita baik tentangnya tiba hari ini.

Facebook Huawei Malaysia hari ini memberi petunjuk tentang ketibaan warna Twilight. Dari gambar tersebut, ia mempamerkan tiga lensa kamera belakang yang merujuk kepada HUawei P20 Pro.



A phenomenon is coming – the moment you've been waiting for. #Huawei #MakeItPossible

Posted by Huawei Mobile on Wednesday, April 25, 2018

Tiada tarikh disebut dalam post tersebut, tetapi pastinya tidak lama lagi. Harganya pula, kami jangka tidak berubah dari warna yang lain, iaitu RM3,299. Cuma, mungkin ia dijual dalam kuantiti terhad.

Huawei P20 Pro memang sebuah telefon pintar dengan kamera antara terbaik di pasaran masa kini. Ia memiliki tiga lensa LEICA di belakang, gabungan 40MP sensor RGB, 24MP sensor monokrom dan 8MP lensa telefoto. Kamera hadapannya pula 24MP.

Kuasa dalamannya berprestasi tinggi, menggunakan cip pemproses Kirin 970, 6GB RAM dan 128GB storan dalaman. Baterinya sebesar 4,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge melalui USB-C.

Rupa skrin Huawei P20 Pro agak menyerupai iPhone X dengan takuk di atas. Ia seluas 6.1-inci dengan resolusi FHD+ dan nisbah 19:9. Telefon ini telah dibuang port audio 3.5mm tetapi sebagai ganti ia kalis air dan debu IP67.

Sama-sama kita nanti pengumuman lanjut warna Twilight dari Huawei Malaysia.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei P20Huawei P20 ProHuawei P20 Pro TwilightP20 Pro Twilight
Najib

Najib

POPULAR

Warna idaman Huawei P20 Pro akan tiba di Malaysia tidak lama lagi

Warna idaman Huawei P20 Pro akan tiba di Malaysia tidak lama lagi

26 April 2018
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN