Grab Tawar Diskaun Khas Untuk Perjalanan Dari Dan Ke Hospital

Senario biasa yang dihadapi rakyat Malaysia adalah kesukaran mencari tempat letak kereta yang sesuai bila mereka ada hal di hospital. Ia amatlah membebankan dan akibatnya seringkali mereka terlepas waktu temu janji bahana ketiadaan petak parkir yang mencukupi di sesetengah hospital.

Menyedari akan masalah itu, Grab mengumumkan kerjasama mereka bersama Kementeria Kesihatan untuk membantu mereka yang menghadapi masalah tersebut. Selain memudahkan orang yang ingin berurusan di hospital, Grab turut berharap inisiatif mereka ini akan mengurangkan kesesakan di kawasan hospital.

Setakat ini, hanya 16 hospital terlibat dengan kempen ini iaitu:

  1. Hospital Ampang
  2. Hospital Kajang
  3. Hospital Kuala Lumpur
  4. Hospital Pulau Pinang
  5. Hospital Putrajaya
  6. Hospital Alor Setar
  7. Hospital Queen Elizabeth
  8. Hospital Raja Permaisuri Bainun
  9. Hospital Selayang
  10. Hospital Serdang
  11. Hospital Sultanah Aminah
  12. Hospital Sungai Buloh
  13. Hospital Tengku Ampuan Afzan
  14. Hospital Tengku Ampuan Rahimah
  15. Hospital Tuanku Ja’afar
  16. Hospital Umum Kuching

Apabila anda menggunakan kod diskaun GRABMOH, anda akan beroleh diskaun sebanyak RM4 untuk perjalanan dari dan ke hospital yang terlibat.

Walau bagaimanapun, tebus guna kod ini terhad untuk 5,000 sahaja untuk sehari dan sah sehingga 28 Februari 2019.

[Sumber: GRAB. gambar pemuka]