• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Y6 2018 percuma untuk pengguna Celcom FIRST jika sanggup

  • OLEH Najib
  • 12:42 pm
  • 04/05/2018
  • Komen
Huawei Y6 2018 percuma untuk pengguna Celcom FIRST jika sanggup
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom kini menawarkan telefon pintar Huawei Y6 (2018) terbaru secara percuma untuk pengguna pascabayar Celcom FIRST, dengan syarat menandatangani kontrak selama 24 bulan. Tawaran ini disediakan untuk tempoh terhad.

Huawei Y6 (2018) adalah telefon kelas permulaan dari Huawei yang menampilkan skrin lebar 18:9 Fullview Display. Skrinnya berukuran 5.7-inci dengan resolusi HD+ (1440×720) memberi lebih paparan di dalam badan yang kecil.



Telefon ini dikuasakan pemproses Snapdragon 425, bersama 2GB RAM dan 16GB storan dalaman. Kamera belakangnya 13MP manakala kamera hadapan 5MP disertakan LED Flash untuk swafoto yang cerah.

Peranti ini juga dilengkapi teknologi Face Unlock, membuka kunci skrin melalui pengecaman wajah. Tetapi ia tidak memiliki pengimbas capjari. Speakernya dikatakan lebih lantang untuk memberi pengalaman audio yang lebih asyik.



Sistem operasi Android 8.0 Oreo bersama antaramuka EMUI 8.0 digunakan pada Huawei Y6 (2018) ini. Baterinya pula sebesar 3,000mAh dan dicas melalui sambungan mikroUSB.

Pengguna Celcom FIRST boleh mendapatkan Huawei Y6 (2018) bernilai RM619 (termasuk GST) secara PERCUMA apabila mendaftar dengan salah satu pelan berikut selama 24 bulan:

  • FIRST Gold Plus pada RM98 (40GB Internet)
  • FIRST Gold Supreme pada RM128 (50GB Internet)
  • FIRST Platinum pada RM148 (60GB Internet)
  • FIRST Platinum Plus pada RM188 (100GB Internet)

Kesemua pelan FIRST tersebut turut disertakan dengan Panggilan Tanpa Had, WhatsApp, Wechat dan 100GB Super Video Walla PERCUMA. Tambahan lagi, pengguna juga boleh memiliki Huawei Y6 (2018) dengan hanya RM25 sebulan melalui program Celcom Easyphone.

Bagi pengguna berusia 25 tahun kebawah pula, boleh memperoleh tawaran khas dengan diskaun lebih 50 peratus melalui pelan pascabayar Xpax:

  • XP79 pada RM79 (15GB internet bulanan dan 15GB Video Walla) – harga peranti RM199
  • XP50 pada RM50 (10GB internet bulanan) – harga peranti RM289

Huawei Y6 (2018) juga boleh didapati melalui Celcom’s Online Store di www.store.celcom.com.my/store. Untuk maklumat lebih lanjut, lawati cawangan Celcom bluecube dan Celcom certified partners atau layari www.celcom.com.my.

Tags: celcomHuaweiHuawei percumaHuawei Y6 2018Huawei Y6 2018 MalaysiaTelefon percuma
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Huawei Y6 2018 percuma untuk pengguna Celcom FIRST jika sanggup

Huawei Y6 2018 percuma untuk pengguna Celcom FIRST jika sanggup

4 May 2018
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER