Ini Caranya Untuk Jimatkan Kos Pengangkutan Semasa Pulang Mengundi

Pilihanraya ke-14 adalah yang paling happening dalam sejarah pilihan raya. Hal ini kerana, bukan sahaja direaliti, ruangan maya turut menjadi medium berkempen kesemua parti yang bertanding. Sudah tentu ramai yang teruja untuk membuang undi tapi ada yang berfikir dua kali mengenangkan kos pengangkutan untuk pulang ke mukim mengundi.

Untuk tujuan itu, anda tak perlu risau kerana SOCAR menyediakan opsyen kereta sewa yang amat mampu milik dan ternyata lebih menjimatkan hatta menaiki bas ekspres sekailpun.

Terdapat dua senario hipotesis yang ingin saya ketengahkan dalam misi saya pulang mengundi.

Senario 1: Balik Guna Bas Ekspres

Saya berasal dari Kuantan, Pahang dan ingin balik menaiki bas ekspres. Harga tiket sehala bas Transnasional adalah RM28.10 dan ini menjadikan perjalanan pergi balik saya adalah RM56.10.

Terminal Sentral Kuantan [sumber]

Kelebihan menggunakan bas ekspres adalah saya tak perlu risau akan petrol, tol, dan keletihan memandu. Tapi, kekurangannya pula adalah saya terikat dengan jadual perjalanan bas.

Senario 2: Guna SOCAR

Mari kita bandingkan pula dengan SOCAR. Dengan duit RM56.20 tadi, saya cari 4 rakan saya yang ingin pulang ke Kuantan. Maka, kini saya ada RM281 untuk dibelanjakan atas pengangkutan.

SOCAR kini sedang mengadakan kempen SOCAR Driving Week yang bermula pada 7 Mei hingga 13 Mei. Mereka menawarkan kereta sewa pada harga RM3/jam.

Baiklah, mari kita lihat apa pilihan kereta yang saya ada.

  • Perodua Axia – RM3/jam atau RM30/hari
  • Perodua Alza – RM4/jam atau RM40/hari
  • Toyota Vios/Honda City – RM5/jam atau RM50/hari
  • Honda HRV – RM6/jam atau RM60/hari

Untuk keselesaan, saya memilih Perodua Alza pada kadar RM40/hari dan menyewa selama 3 hari bermula 8 Mei 2018 hingga 10 Mei 2018. Maka, kosnya adalah RM120.

BACA  10 Video Bertemakan Merdeka Yang Patut Anda Tonton

Bagaimana pula dengan petrol? Itulah kelebihan SOCAR. Mereka membekalkan petrol kepada anda sebanyak 300km/hari.

Katalah saya menyewa selama 3 hari, saya memiliki kuota perjalanan sebanyak 900km! Itu lebih daripada cukup untuk perjalanan KL ke Kuantan yang sejauh tak lebih 350km sehala.

Beralih pula ke bahagian tol. Untuk perjalanan sehala, anda akan menempuhi tol ini:

  • Tol Gombak – RM3.50
  • Tol Bentong – RM6.00
  • Tol Gambang – RM16.90

Kos tol untuk perjalanan pergi balik saya akan berada pada RM52.00.

Antara muka APP SOCAR

Mari kita kira kos keseluruhan perjalanan saya untuk pulang mengundi bersama 5 rakan saya.

Sewa SOCARRM120
PetrolPercuma
TolRM52
JUMLAHRM172

Jika saya menggunakan SOCAR, saya jimat RM109 untuk perjalanan pulang mengundi.

Berbanding RM56.10, kos perjalanan pergi balik untuk setiap individu kini berkurangan kepada RM34.40 ataupun61% lebih murah. Tidak seperti menggunakan bas ekspres, saya:

  • tidak terikat dengan jadual bas
  • tidak terikat dengan laluan perjalanan bas

Daftar Untuk Mula Guna SOCAR

Jika anda berminat untuk mendaftarkan diri sebagai pengguna SOCAR, anda boleh menggunakan pautan ini. Anda hanya perlukan gambar IC atau Passport dan lesen memandu yang sah untuk tujuan pendaftaran.

Jangan lupa untuk membawa aksesori tambahan seperti pemegang telefon, pengecas telefon kembara, dan SmartTAG beserta Touch n Go kerana kesemuanya tidak disediakan pihak SOCAR. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pada artikel ini.