• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

honor 10 tiba di Malaysia seminggu lepas pelancaran global

  • OLEH Najib
  • 8:27 pm
  • 07/05/2018
  • Komen
honor 10 tiba di Malaysia seminggu lepas pelancaran global
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda gemarkan telefon pintar Huawei, anda juga seharusnya kenal dengan jenama honor. Ia adalah jenama ‘adik’ kepada Huawei yang mensasarkan kepada belia dan muda remaja, menghasilkan telefon pintar hampir sama seperti Huawei, tetapi pada harga lebih murah.

Bagi Huawei P20 yang baru dilancarkan, persamaannya dengan honor dikatakan adalah honor 10. Seperti digembar-gemburkan sebelum ini, honor 10 akan dilancarkan di London pada 15 Mei 2018. Yang menariknya, ia dikatakan akan dilancarkan di Malaysia seminggu selepas itu.



honor Malaysia telah memaklumkan tentang pelancaran honor 10 di Malaysia, yang akan diadakan pada 22 Mei 2018. Ini antara pelancaran terpantas dari pentas antarabangsa ke Malaysia. Tetapi lain-lain maklumat tidak pula diberikan.

Seperti biasa, kelebihan telefon pintar honor adalah pada harganya. Pada spesifikasi yang hampir sama dengan telefon jenama Huawei, honor akan memberikan kepada penggunanya harga yang lebih rendah.



honor 10 telahpun dilancarkan di China bulan lepas. Persamaan spesifikasi yang terdapat antara honor 10 dan Huawei P20 adalah seperti penggunaan cip Kirin 970, RAM sehingga 6GB, dan storan sehingga 128GB.

Lebih nampak sama adalah penggunaan skrin Fullview bertakuk di dahi. Skrin berukuran 5.84-inci ini memiliki resolusi FHD+ dengan nisbah lebas 19:9. Baterinya juga sama besar, 3,400mAh dan menyokong pengecasan Huawei SuperCharge melalui USB-C. Kelebihan honor 10 adalah masih ada port audio 3.5mm, tetapi sama-sama tidak kalis air.

Mungkin kamera adalah perbezaan terbesar, kerana honor 10 tidak memiliki cap Leica. Manakala kamera belakang honor 10 menggunakan dwi-sensor 24MP F1.8 + 16MP F1.8, berbeza dengan Huawei P20 iaitu 20MP F1.6 monokrom + 12MP F1.8 RGB. Tetapi kamera hadapan macam sama, 24MP F2.0.

Di China, honor 10 dijual pada harga RMB2,599 (~RM1,610) untuk storan 64GB dan RMB2,999 (~RM1,860) bagi storan 128GB. Untuk perbandingan, Huawei P20 berharga RM2,599 di Malaysia dan dijual di China pada harga RMB4,288 (~RM2,656).

Jadi kami rasakan, honor 10 mungkin berharga RM1,799 untuk storan 64GB, dan RM1,999 bagi storan 128GB di Malaysia kelak. Kena tunggu majlis pelancaran pada 22 Mei nanti tunuk pengesahan.

Sekarang, adakah anda masih akan mendapatkan Huawei P20 dengan cap Leica di kamera, ataupun bersabar sedikit lagi menanti ketibaan honor 10 dengan spesifikasi hampir sama, hujung bulan ini?

Tags: honorhonor 10honor 10 malaysiahonor malaysiaHuawei P20
Najib

Najib

POPULAR

honor 10 tiba di Malaysia seminggu lepas pelancaran global

honor 10 tiba di Malaysia seminggu lepas pelancaran global

7 May 2018
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER