Telefon apa yang dipakai YDP Agong semasa majlis angkat sumpah Tun Mahathir?

Rakyat Malaysia menanti agak lama untuk menyaksikan pelantikan Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas tamatnya Pilihanraya Umum Malaysia ke-14. Semestinya majlis itu disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Muhammad V.

Tetapi satu perkara yang menarik perhatian penonton adalah telefon pintar yang terdapat di poket baju Tuanku. Dilihat sekilas lalu terutama lengkung di sisi, ramai yang memperkatakan ia adalah telefon pintar Samsung, samada Galaxy S8 atau Galaxy S9.

Rakan kami di SoyaCincau membuat sedikit kajian untuk mendapatkan jawapan ini.

Hanya sebahagian sahaja telefon ini yang boleh dilihat di poket Tuanku, iaitu speaker panggilan di atas. Berdasarkan kedudukan speaker ini agak ke bawah, ia menunjukkan bingkai yang tebal, bermakna bukan telefon dengan nisbah 18:9. Lihat contoh Galaxy S9, Note8, iphone X dan iPhone 8 Plus di bawah:

Kemudian lihat pula ukuran telefon itu. Memang sukar untuk mendapatkan saiz sebenar kerana ia tersorok di dalam poket, tetapi kita boleh mengagak menggunakan nisbah. Ia boleh dilakukan menggunakan perisian Photoshop. Dengan saiz piksel 224×115, nisbahnya ialah 1.95.

Di bawah ini ialah nisbah tinggi x lebar telefon pintar yang menghampiri jangkaan:

Galaxy S9 – 147.7mm x 68.7mm = 2.149
Galaxy S9+ – 158.1mm x 73.8mm = 2.142
Note8 – 162.5mm x 74.8mm = 2.172
iPhone 8 Plus – 158.4mm x 78.1mm = 2.028
iPhone X – 143.6mm x 70.9mm = 2.025

Dari angka di atas, nombor paling hampir adalah iPhone 8 Plus. Ia juga memiliki bingkai atas yang tebal, serta speaker panggilan yang jauh ke bawah kerana bingkai yang lebih tebal, seperti gambar di bawah. Malah, nisbah 2.028 paling hampir dengan kiraan Photoshop tadi, 1.95.

Ini adalah jangkaan yang dibuat oleh rakan kami di SoyaCincau. Apa pula pendapat anda? Apakah kiraan atau kajian yang anda buat untuk mencapai jawapan itu?

BACA  Jabra bagi 20% diskaun dengan kod istimewa di Shopee

Cara paling senang untuk mendapat jawapan, sudah pasti bertanya sendiri kepada Tuanku.

[Sumber: SoyaCincau]