Telefon pintar terbaik dunia dah sampai Malaysia

Buat mereka yang mahukan satu telefon pintar yang unik dan berkuasa tinggi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki Huawei Mate RS Porsche Design (PD) yang kini telah dijual di Malaysia. Peranti ini memiliki lebih banyak kelebihan berbanding Huawei P20 Pro, termasuk lebih harga.

DirectD, salah satu wakil penjual peranti pintar popular di Lembah Klang, telah mula menjual Huawei Mate RS PD ini. Ia adalah set asli Malaysia dengan jaminan dari Huawei Malaysia.

Kelihatan hanya ada satu versi yang dijual di Directd, iaitu 6GB RAM dan 256GB storan dalaman berwarna hitam, pada harga hanya RM6,999 sahaja. Ya betul, hampir sekali ganda dari Huawei P20 Pro yang berharga RM3,299.

Porsche Design Huawei Mate RS | DISCOVER THE EXCEPTIONAL

Price is RM6999 or RM583.25 x 12 months (0% EPP with credit…

Posted by DirectD on Sunday, 13 May 2018

Adakah berbaloi membayar 2 kali ganda dari Huawei P20 Pro ini? Mari kita semak.

Kuasa dalaman Mate RS PD dijalankan oleh cip Huawei Kirin 970 bersama 6GB RAM, tetapi ia memiliki storan lebih besar iaitu 256GB. Selain itu, ia dilengkapi pembesar suara Dwi SLS (Super Linear System) dengan kuasa DOLBY ATMOS.

Skrin Mate RS PD sedikit kecil dari P20 Pro, iaitu 6.0-inci FullView bersisi lengkung, dengan resolusi tajam 2K (2880×1440), bernisbah 18:9 serta menggunakan paparan OLED. Skrinnya juga tidak memiliki takuk di dahi, mungkin ini sebabnya ia kurang sedikit lebar dari P20 Pro.

Mate RS PD memiliki pengimbas capjari dalam skrin di depan, serta pengimbas capjari biasa di belakang. Ia adalah pertama seumpamanya di dunia. Tambahan lagi, Mate RS PD turut dilengkapi pengecaman wajah. Kalis air IP67 juga terdapat padanya.

Teknologi kamera di dalam Huawei Mate RS adalah sama seperti Huawei P20 Pro, iaitu kamera hadapan 24MP F2.0 bersama tiga kamera belakang gandingan lensa Leica RGB 40MP F1.8, monokrom 20MP F1.6 dan telefoto 8MP F2.4. Ia turut memiliki keupayaan merakam gerak perlahan Super Slow-Mo 960fps.

Saiz bateri Huawei Mate RS sama seperti P20 Pro, iaitu 4,000mAh. Ia juga turut menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge. Tetapi kelebihannya adalah sokongan pengecasan wayarles yang pantas. Ia boleh digunakan bersama mana-mana pengecas wayarles dari jenis Qi.

Banyakkan kelebihan yang ada pada Huawei Mate RS PD ini berbanding P20 Pro. Mungkin ia masih tidak berbaloi untuk membayar 2 kali ganda, tetapi anda pastinya memiliki keunikan. Kerana harganya RM6,999, sudah pasti tidak ramai yang mampu untuk memilikinya.

Segera ke cawangan DirectD berhampiran untuk membeli Huawei Pate RS PD yang sangat canggih ini.

[Sumber: Facebook DirectD]