Kelibat OnePlus 6 Dikesan Di Laman Amazon

16 Mei adalah hari pelancaran OnePlus 6. Menjelang tarikh tersebut, pastinya sedikit demi sedikit maklumat tentangnya mengalir keluar ke persekitaran Internet. Terbaru, laman Amazon Jerman dikesan sudah menyenaraikan OnePlus 6 untuk jualan walaupun belum dilancarkan secara rasmi.

Dalam entri yang sudahpun dipadamkan itu, gambaran lebih jelas OnePlus 6 daripada pelbagai sudut boleh dilihat. Paling ketara adalah susunan kamera belakangnya kini disusun di bahagian tengah, selari dengan pengimbas cap jari.

Paparan ber-notch seperti iPhone X turut digunakan. Menurut huraian entri, adalah sebuah telefon berskrin 6.28″ dengan panel paparan Optic AMOLED beresolusi 2280×1080 (19:9).

Pada bahagian pengimejan, anda bakal disapa oleh dwikamera belakang 16MP dan 20MP yang dilengkapi dengan penstabil imej optikal. Tambah menarik, ia turut memiliki ciri-ciri kekalisan debu/air yang sememangnya menjadi permintaan peminatnya sejak sekian lama.

Antara spesifikasi asas OnePlus 6 adalah seperti:

  • CPU Snapdragon 845
  • RAM 6GB/8GB
  • Storan 64GB/128GB/266GB
  • Bateri 3,300mAh
  • Jek audio 3.5mm

Daripada sudut harga, OnePlus 6 dijual sekurang-kurangnya dalam 2 varian iaitu:

OnePlus 6 (RAM 6GB + Storan 64GB) – EUR 519 (RM2,475)
OnePlus 6 (RAM 8GB + Storan 128GB) – EUR 569 (RM2,714)

OnePlus 6 akan dilancarkan pada 16 Mei ini pada jam 7 malam waktu Malaysia.

[Sumber: WinFuture]

BACA  Pengganti Redmi Note 5 Adalah Telefon 4 Kamera Pertama Xiaomi