Tiga jenis Microsoft Surface, yang mana cinta hati pertama

[Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Microsoft Surface]
Tahukah anda, selain menghasilkan sistem operasi Windows dan perisian kerja Office, Microsoft turut menghasilkan komputer peribadi dalam bentuk tablet dan laptop? Di sini kami ingin berkongsi tentang keluarga Microsoft Surface, setiap satu sesuai untuk kegunaan pelbagai lapisan masyarakat.

Mari berkenalan dengan keluarga Microsoft Surface. Terdapat tiga jenis Surface di pasaran Malaysia iaitu Surface Pro, Surface Laptop dan Surface Book 2. Kesemua ini adalah komputer peribadi berkuasa penuh, dengan ciri-ciri yang tersendiri.

Bagaimana pula ingin memilih Surface yang sesuai untuk anda? Ini kita kena selidik dengan lebih mendalam.


Surface Pro

Model pertama yang dihasilkan Microsoft dan menjadi kegemaran ramai ini, kini dalam generasi ke-5. Ia adalah komputer paling versatil, boleh digunakan dalam pelbagai cara.

Ini kerana ia dibentuk sebagai sebuah tablet dengan badan yang ringan (kurang dari 1kg) dan amat nipis buatan aloi magnesium. Tetapi jangan salah sangka, ia masih sebuah komputer kerana menjalankan sistem operasi terbaik dari Microsoft, Windows 10 Pro.

Prestasi Surface Pro memang tidak dapat disangkal lagi. Dengan pilihan pemproses Intel Core m3, i5 atau i7, bersama storan SSD sehingga 512 GB adalah formula terbaik untuk prestasi tertinggi di komputer. Ini ditambah lagi dengan daya tahan bateri sehingga 13.5 jam.

Ubahnya kepada pengalaman komputer sejati dengan menambah Surface Pro Signature Type Cover, memberi fungsi papan kekunci bersaiz penuh bersama trackpad. Dengan pilihan empat warna, ia boleh menonjolkan ekspresi fesyen pengguna menggunakan peranti digital.

Tingkatkan lagi kreativiti digital anda dengan penggunaan Surface Pen. Dakwat digital dengan kebolehan 4,096 tahap tekanan, bersama pemadam digital di hujung satu lagi, memberikan pengguna pengalaman ibarat menulis dengan pen di atas kertas.

Dengan kebolehan yang pelbagai, Surface Pro amat sesuai untuk pengguna yang mahukan komputer mudah alih berkuasa tinggi dan tahan lama, dan boleh digunakan dalam pelbagai cara samada melalui papan kekunci dan tetikus, ataupun pen digital.

Surface Pro boleh dibeli dengan harga bermula dari RM3,699.


Surface Laptop

Surface Laptop boleh dikatakan memiliki sifat yang berbeza dari Surface Pro. Seperti namanya, ia adalah laptop atau komputer mudah alih dan terbaik menjalankan fungsi sebagai sebuah laptop.

Beratnya masih sangat ringan jika dibandingkan dengan laptop biasa, hanya 1.25kg sahaja. Skrin dan papan kekuncinya tidak boleh dipisahkan, berbeza dari tablet Surface Pro.

Tetapi ia masih tidak mengabaikan prestasi kerana menggunakan pemproses Intel Core i5 atau i7, serta storan SSD sehingga 512 GB. Baterinya juga tahan sangat lama, sehingga 14.5 jam.

Untuk prestasi terpantas, Surface Laptop dilengkapi sistem operasi Windows 10 S yang menggunakan perisian yang boleh didapati menerusi Microsoft Store sahaja. Tetapi ia masih boleh diubah kepada Windows 10 Pro bila-bila masa jika diperlukan.

Surface Laptop adalah komputer mudah alih terbaik bagi mereka yang mahukan laptop dalam erti kata sebenar. Tidak perlu banyak berfikir, hanya perlukan komputer mudah alih yang tidak membebankan bahu, boleh diletak di atas riba dan bateri tahan lama.

Surface Laptop boleh dibeli dengan harga bermula dari RM4,499.


Surface Book 2

Jika anda mahukan laptop terbaik dengan kebolehan pelbagai, tidak lain dan tidak bukan pilihan yang ada ialah Surface Book 2. Ia memiliki skrin boleh cabut seperti Surface Pro, tetapi menjadi lebih berkuasa apabila dipasang bersama bahagian papan kekunci.

Dengan skrin boleh cabut, ini membolehkan Surface Book 2 digunakan dalam pelbagai cara. Skrin biasa, skrin terbalik, skrin di atas papan kekunci ataupun hanya skrin sahaja seperti tablet.

Bahagian papan kekuncinya pula boleh memegang bahagian skrin, untuk memberi pegangan utuh. Bermakna, sudut skrin boleh diletakkan secara tetap apabila bersambung ke papan kekunci. Ini boleh dilakukan kerana ia memiliki engsel teguh bersama sambungan magnet yang sangat kuat melekat.

Tetapi sambungan skrin dan bahagian papan kekunci Surface Book 2 ini memiliki keistimewaan tersendiri. Ia membolehkan Surface Book 2 melepaskan kuasa sebenarnya ke peringkat tertinggi. Antaranya, jangka hayat bateri sehingga 17 jam lamanya.

Surface Book 2 menawarkan prestasi yang tertinggi di kalangan laptop bukan gaming. Ia datang dalam saiz monitor, 13.5-inci serta 15-inci. untuk pemproses ia diberi pilihan antara Core i5 dan Core i7, manakala RAM pula antara 8GB dan 16GB. Seperti biasa, storan SSD digunakan dengan pilihan sehingga 1TB.

Model 13.5-inci memiliki berat hanya 1.53kg. Tetapi ia diperkasa dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX1050 yang terdapat di dalam bahagian papan kekunci. Kerana itu ia perlu bersambung untuk menghasilkan prestasi tertinggi.

Bagi model 15-inci, beratnya mencecah 1.9kg. Selain skrin yang lebih besar, ia memiliki kuasa grafik yang lebih tinggi kerana menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060.

Surface Book 2 juga lebih produktif kerana dipasang dengan pelbagai port untuk sambungan peralatan tambahan seperti USB-A, USB-C, audio 3.5mm serta pembaca kad mikroSD bersaiz penuh.

Bagi yang mahu laptop terbaik, Surface Book 2 adalah pilihan muktamad. Penggunaan yang pelbagai, berat yang lebih ringan dari laptop biasa, jangka hayat yang sangat panjang serta kuasa pemproses dan grafik yang tinggi, ia adalah laptop terbaik.

Tetapi untuk yang terbaik, anda perlu membayar premium. Surface Book 2 boleh dibeli dengan harga bermula dari RM6,899 untuk model 13.5-inci, dan dari RM10,799 untuk model 15-inci.

Jika berminat, dapatkan peranti Microsoft Surface menerusi pengedar sah yang boleh disemak di sini.