OnePlus 6 Dilancarkan Di London Dengan 6 Manifesto Menarik

Setelah berbulan-bulan lamanya khabar angin OnePlus 6 ditiup, akhirnya kabus yang menyelubungi telefon itu sudah ditiup pergi dengan pelancaran rasminya di London. Simplicity, Comfort, dan Quality menjadi doktrin utama pembangunan telefon ini yang turt menjadi telefon pertama OnePlus yang memiliki belakang kaca Corning Gorilla.

Paparan Berbingkai Minimum Beserta Notch

OnePlus 6 adalah telefon terbesar pernah mereka hasilkan setakat ini. Ia memiliki skrin 6.28″ dengan nisbah paparan 19:9″. Panel paparan yang digunakan adalah daripada jenis Optic AMOLED dengan resolusi 2280×1080.

Seperti telefon-telefon flagship tahun ini, notch hadir pada bahagian dahi dan ia boleh dinyah aktif sekiranya pengguna berasa terganggun dengan bahagian itu apabila menonton kandungan multimedia.

Penggunaan CPU Yang Baru

Snapdragon 835 yang telah digunakan pada OnePlus 5 dan 5T kini digantikan dengan Snapdragon 845. Menurut mereka, ia memberikan penambahbaikkan 30% pada segi kelajuan dan grafik serta 10% lebih cekap tenaga berbanding sebelumnya.

Storan Terluas Pernah Ditawarkan

OnePlus 6 ditawarkan dalan konfigurasi 256GB. Ia dua kali ganda storan yang ditawarkan pada OnePlus 5 iaitu 128GB.Mereka turut memilih jenis storan yang paling premium boleh diperoleh dalam pasaran setarat ini iaitu UFS 2.1.

Kamera Yang Ditambah Baik

Sebagai komponen yang paling banyak digunakan, OnePlus 6 menerima kamera yang nyata lebih baik. Bagi meningkatkan keupyaan fotografi OnePluys 6, sensornya kini 19% lebih besar bagi mengekalkan bilangan serta saiz piksel di atas sensor.

Konfigurasi dwikamera belakang digunakan pada telefon ini. Kamera utamanya menggunakan sensor 16MP dan kini mempunyai OIS manakala kamera sekunder menerima sensor 20MP.

Untuk berswafoto, anda boleh gunakan kamera 16MP. Dalam kemas kini IxygenOS yang akan datang, fungsi Potret mode yang hanya ada pada kamera belakang bakal boleh digunakan pada kamera depan.

Gaming Mode Yang Lebih Pintar

OnePlus 6 tidak bergantung pada komponen flagsip semata-mata untuk memberikan pengalaman gaming yang cemerlang. Sebaliknya, sistem operasinya turut ditala untuk tujuan gaming walaupun telefon ini tidak dipasarkan sebagai telefon gaming seperti BlackShark dan Razer Phone.

Gaming Mode yang dibina terus dalam teras OxygenOS akan menyelaraskan kuasa pemproses dan memberi priority pada permainan yang sedang dimainkan serta menghalang APP yang berjalan di bahagian latar menggunakan terlalu banyak kuasa pemproses.

Harga Kekal Kompetitif

OnePlus 6 dijual bermula 22 Mei 2018

  • Mirror Black
  • Midnight Black
  • Edisi terhad Silk White (5 Jun 2018)

Falsafah penubuhan OnePlus masih lagi dikekalkan sehingga kini iaitu penawaran telefon premium pada harga yang berpatutan. Harga semua varian OnePlus 6 adalah seperti berikut:

  • OnePlus 6 (6GB+64GB) – USD 529 (RM 2,011)
  • OnePlus 6 (8GB+128GB) – USD 579 (RM 2,298)
  • OnePlus 6 (8GB+256GB) – USD 629 (RM 2,497)

Spesifikasi OnePlus 6

Paparan6.28"
HD Penuh+
2240×1080
PemprosesSnapdragon 845
RAM6GB
8GB
Storan64GB
128GB
256GB
Sistem OperasiAndroid 8 Oreo
Oxygen OS
Kamera belakang16MP RGB
20MP
Kemera depan16MP
Bateri3,300mAh
Pengecasan Pantas