• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Pertandingan Piala Thomas dan Piala Uber 2018 boleh ditonton secara langsung di Astro

  • OLEH Najib
  • 4:00 pm
  • 21/05/2018
  • Komen
Pertandingan Piala Thomas dan Piala Uber 2018 boleh ditonton secara langsung di Astro
Share on FacebookShare on Twitter

Piala terulung dalam dunia sukan badminton sudah pasti adalah Piala Thomas dan Piala Uber. Pertandingan merebut kejuaraan Piala Thomas dan Piala Uber kini sedang berlangsung di Bangkok, Thailand dari 20 Mei hingga 27 Mei 2018.

Buat peminat sukan di Malaysia yang ingin menonton secara langsung pertandingan ini, terutama sekali untuk memberi sokongan kepada skuad negara, boleh berbuat demikian menerusi Astro.



Skuad Piala Thomas Malaysia dibarisi oleh pemain perseorangan Datuk Lee Chong Wei, Lee Zii Jia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Soong Joo Ven. Manakala pemain beregu pula ialah Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Skuad Piala Uber Malaysia pula dianggotai oleh pemain perseorangan Sonia Cheah, Goh Jin Wei, Lim Yin Fun dan S. Kisona. Pemain beregu yang disenaraikan pula ialah Vivian Hoo-Woon Khe Wei, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan Goh Yea Ching-Yap Cheng Wen.



Pasangan beregu negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong

Astro menyediakan liputan menyeluruh kepada semua siaran langsung pertandingan Piala Thomas dan Piala Uber. Buat pelanggan Astro Sports Pack, mereka boleh menontonnya menerusi saluran Astro SuperSport 4 HD (CH836) / SD (CH817) dan Astro SuperSport Plus HD (CH822) / SD (CH821). Bagi pengguna NJOI, anda boleh melanggan saluran Astro SuperSport 4.

Untuk bukan pengguna Astro, usah khuatir. Astro menyediakan tayangan secara percuma perlawanan berkaitan skuad Malaysia menerusi saluran Astro Arena HD (CH802) / SD (CH801) menerusi Astro TV, JNOI TV, serta di aplikasi mudah alih Astro GO dan NJOI Now.

Jadual berkaitan pasukan Malaysia yang akan disiarkan di Astro Arena adalah seperti berikut:

  • 21 Mei, Isnin, 10 pagi, Kumpulan D Piala Thomas – Malaysia vs. Rusia
  • 21 Mei, Isnin, 3 petang, Kumpulan D Piala Uber – Indonesia vs. Malaysia
  • 22 Mei, Selasa, 10 pagi, Kumpulan D Piala Uber – China vs Malaysia
  • 23 Mei, Rabu, 8 malam, Kumpulan D Piala Thomas – Denmark vs Malaysia

Pusingan akhir Piala Thomas akan berlangsung pada Ahad 27 Mei, jam 2 petang. Manakala pusingan akhir Piala Uber pula akan diadakan pada hari Sabtu, 26 Mei jam 2 petang.

Jom bagi sokongan kepada pasukan negara kita agar mereka layak ke pusingan akhir, sekaligus memenangi pertandingan ini.

2018 Thomas and Uber Cup

Catch Lee Chong Wei and Co. in action at the 2018 Thomas and Uber Cup finals from May 20 to 27! Can Malaysia bring the trophies home?

Posted by Stadium Astro on Tuesday, 15 May 2018

Tags: astroAstro GOPiala ThomasPiala UberStadfium Astro
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Pertandingan Piala Thomas dan Piala Uber 2018 boleh ditonton secara langsung di Astro

Pertandingan Piala Thomas dan Piala Uber 2018 boleh ditonton secara langsung di Astro

21 May 2018
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN